Hak minoriti dan ugutan perbalahan antara kaum (Bhg akhir)
Pendedahan kerajaan bahawa pemilikan saham bumiputera di Bursa Malaysia telah mencecah 36.64 peratus pada tahun 2005, nyata sekali lebih mendekati hasil kajian mengikut methodologi perkiraan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) iaitu 45 peratus, dan hasil kajian Dr M Fazilah Abdul Samad pada tahun 1997 iaitu 33.7 peratus berbanding dengan hasil perkiraan mengikut methodologi Unit Perancang Ekonomi (EPU), iaitu 18.9 peratus.
Pendedahan ini juga membuktikan bahawa tindakan tergopoh-gopoh Presiden Asli, Mirzan Mahathir menarik balik laporan Asli itu dan meminta maaf, adalah tidak wajar, dan sekaligus mengisytiharkan kemuflisan 'kewibawaan' kerajaan yang pantang dipersoal!
Ia juga merupakan tamparan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang menuduh laporan Asli sebagai 'sampah', 'berniat jahat', 'tidak bertanggungjawab', 'boleh mengelirukan' dan sebagainya.
Rasional kerajaan untuk meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah matlamat 30 peratus ekuiti masih belum tercapai. Jika sudah tercapai, maka kerajaan sudah tiada alasan hendak meneruskan DEB lagi.

Mungkin inilah sebabnya, enam hari saja selepas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek mendedahkan di Parlimen bahawa ekuiti pemilikan Bumiputera telah mencecah 36.64 peratus pada 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Effendi Norwawi, secara dramatik, telah menganggap peratus terbabit salah dan yang betul tetap 18.9 peratus!
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran, jika DEB tidak diteruskan, maka mungkin akan berlaku huru hara di negara kita.
Gesaan hentikan DEB
Kini, menjawab soalan bagi pihak JPM, Setiausaha Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek, dalam jawapan bertulisnya di Parlimen berkata, DEB akan diteruskan, dan selagi wujud pengagihan kekayaan yang tidak sama rata antara kaum, selama itulah satu agenda diperlukan untuk memastikan penyertaan seimbang antara kaum supaya kekayaan diagih secara adil dan saksama.
Yang penuh makna ialah kali ini, tokoh-tokoh Melayu yang berjiwa rakyat seperti Syed Husin Ali, Anwar Ibrahim, Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin-pemimpin daripada PAS tampil meminta agar DEB dihentikan.
Mereka berpendapat, sama ada sasaran DEB sudah tercapai atau belum, orang Melayu, Cina dan India, yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan, telah menikmati faedah yang besar manakala rakyat biasa yang miskin, terus terpinggir.
Malah, Anwar menyarankan agar sebuah Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pegangan Ekuiti dan Kemiskinan ditubuhkan untuk menyiasat kedudukan sebenar ekonomi negara kita.
Beliau juga meminta agar DEB dihentikan demi kebaikan rakyat semua kaum dan pertumbuhan ekonomi negara, dan digantikan dengan Agenda Ekonomi Baru yang bergerak melangkaui isu-isu perkauman, dan ditekankan daya saing negara dan keadilan sosial untuk semua!
Saranan Anwar yang melangkaui batasan kaum patut dialu-alukan sebagai strategi utama sekarang dan masa depan untuk mengatasi kemiskinan dan ketidak-setarafan sosial tanpa mengira kaum!
Kesimpulan
Berasaskan analisis tiga kes tersebut, mungkin boleh dirumuskan bahawa:
1. Mempertahankan hak sosial, budaya dan agama golongan minoriti tidak sewajarnya dikaitkan dengan perpecahan/perbalahan antara kaum, kerana dua perkara tersebut tiada hubungan logik sebagai sebab dan akibat.
2. Ugutan perpecahan/perbalahan antara kaum sering digunakan sebagai taktik kotor bagi menyemarakkan api perkauman di satu pihak, dan menakut-nakutkan kaum minoriti di pihak yang lain, agar kaum minoriti terpaksa menggugurkan tuntutan mereka yang berasaskan hak-hak etnik atau hak-hak asasi manusia yang diakui antarabangsa.
3. Dalam masyarakat majmuk kita, kaum Melayu/Muslim sebagai kaum majoriti/dominan, dalam konteks negara, jika terlalu obses dengan konsep-konsep yang dianggap eksklusif dan mutlak seperti Negara Islam, Ketuanan Melayu, Bumiputera, Hak-hak Istemewa Melayu, Kedaulatan Agama Islam, Kedaulatan Bahasa Melayu, Agenda Melayu dan sebagainya, ia mungkin tidak begitu kondusif bagi interaksi kaum demi menjaring hubungan etnik yang baik dan setaraf, dan bagi memupuk perpaduan dan ciri 'kekitaan' .
4. Lebih banyak agenda dan program rakyat yang melangkaui batasan kaum hendaklah dikemukakan untuk mengatasi kemiskinan, dan segala ketidakadilan sosial yang ditimbulkan akibat penindasan dan pemerasan kelas. Segala tindakan afirmatif juga hendaklah diasaskan kepada keperluan tanpa mengira kaum. Kita memerlukan lebih pemimpin negara daripada pemimpin kaum, politik dan pemikiran perkauman hendaklah ditentang habis-habisan bermula daripada diri kita dan kaum masing-masing.
5. Badan-badan Islam yang progresif dan demokratik hendaklah secara serius memikirkan keperluan menghantar wakil untuk menyertai badan antara agama yang sedia ada seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh atau menubuhkan majlis perunding berkanun atau bukan kerajaan yang baru untuk menangani halehwal dan perselisihan antara agama.
Nota: Kertas kerja ini telah dibentangkan di forum Sosialisme 2006 anjuran Parti Sosialis Malaysia di New Era College, Kajang, pada 12 November 2006.