Satu dua tiga lagi Iraq
We are almost certainly in the last days of a countdown to nuclear war. Israel has made plans to attack Iran in a war of aggression, which will probably begin with some staged attack such as the attack on the Liberty in 1967 . Dipetik dari http://www.whatreallyhappened.com/ussliberty.html
Saya bukan Mat Gian Perang, tetapi saya tidak akan menghalang perang. Saya tidak akan berdiri untuk melaung-laungkan slogan anti-perang. Juga, saya tidak takut dengan perang, malah saya mengalu-alukan kedatangan perang.
Perang untuk umum memberi makna kemusnahan dan kematian. Jika perang meletus maka ramai orang yang akan mati dan harta benda akan musnah. Kematian dan kemusnahan adalah manifestasi dari apa yang dapat dilihat hasil daripada perang. Tetapi ada pekara-perkara yang lain yang tidak dapat dilihat dengan mata yang pasti muncul akibat dari perang.
Adalah satu ilusi untuk mengharap atau berdoa agar perang tidak akan datang. Perang akan terus datang bila-bila masa sahaja. Ini adalah sebahagian daripada hukum asas dalam sistem ekonomi kapitalis yang berkiblatkan keuntungan.
Selagi sistem ekonomi kapitalis ini wujud, selagi itulah umat manusia dalam dunia ini akan berhadapan dengan bencana perang. Malah jika kita alim untuk megkaji sejarah manusia maka kita akan melihat bahawa sejarah manusia ialah sejarah manusia berperang.
We are almost certainly in the last days of a countdown to nuclear war. Israel has made plans to attack Iran in a war of aggression, which will probably begin with some staged attack such as the attack on the Liberty in 1967 . Dipetik dari http://www.whatreallyhappened.com/ussliberty.html
Saya bukan Mat Gian Perang, tetapi saya tidak akan menghalang perang. Saya tidak akan berdiri untuk melaung-laungkan slogan anti-perang. Juga, saya tidak takut dengan perang, malah saya mengalu-alukan kedatangan perang.
Perang untuk umum memberi makna kemusnahan dan kematian. Jika perang meletus maka ramai orang yang akan mati dan harta benda akan musnah. Kematian dan kemusnahan adalah manifestasi dari apa yang dapat dilihat hasil daripada perang. Tetapi ada pekara-perkara yang lain yang tidak dapat dilihat dengan mata yang pasti muncul akibat dari perang.
Adalah satu ilusi untuk mengharap atau berdoa agar perang tidak akan datang. Perang akan terus datang bila-bila masa sahaja. Ini adalah sebahagian daripada hukum asas dalam sistem ekonomi kapitalis yang berkiblatkan keuntungan.
Selagi sistem ekonomi kapitalis ini wujud, selagi itulah umat manusia dalam dunia ini akan berhadapan dengan bencana perang. Malah jika kita alim untuk megkaji sejarah manusia maka kita akan melihat bahawa sejarah manusia ialah sejarah manusia berperang.
Manusia berperang untuk merebut punca-punca kekayaan. Beruk-beruk proto manusia datuk nenek moyang kita dahulu mula menapak meninggalkan gua kerana ingin mencari bahan makanan. Ketika mencari bahan makanan ini, jika berlaku perebutan dalam agihan makanan, maka akan berlaku pergaduhan.
Jika pergaduhan ini membawa kematian, maka di sinilah permulaan sejarah perang manusia.
Perang sebenarnya ialah perundingan yang telah gagal. Perundingan, perdebatan, resolusi, sekatan dan segala macam cara yang dilakukan, hanya satu usaha untuk memperlambatkan perang. Jika perundingan di meja gagal, maka perundingan seterusnya akan beralih ke medan perang.
Sistem ekonom kapitalis
Perang juga adalah basis kepada ekonomi sistem kapitalis. Tanpa perang, kaum pemodal dan kaum kapitalis tidak dapat menakluk kawasan baru untuk mencari bahan asli. Kawasan atau tanah jajahan ini juga akan dijadikan pusat perluasan pemasaran. Kapitalisma ialah sistem ekonomi yang berasaskan pengeluaran dan permintaan. Jika pengeluaran kurang, maka harga akan melambung. Ini adalah keuntungan. Jika pengeluaran melimpah dan pasaran merundum maka perang akan diatur untuk menghancurkan limpahan barang-barang yang telah dibuat.
Dalam sistem ekonomi kapitalis, perniagaan yang paling lumayan selain daripada menjual dadah ialah menjual senjata dan alat kelengkapan perang. Cuba baca kembali bagaimana British menakluk Tanah Besar China. Awalnya candu dari India dibekalkan kepada pemadat di kota-kota persisiran Cina. Akhirnya perang pecah dan Tanah Besar Cina ditakluki British. China menjadi pusat punca bahan mentah dan juga pusat pemasaran. Hukum jual beli ini tidak akan berubah-berubah dalam sistem ekonomi kapitalis.
Jika kita telah memahami asas ekonomi kapitalis ini, maka kita juga tidak dapat melarikan diri daripada bencana perang. Justeru, dalam keadaan terperangkap dalam sistem ini, kita sebagai rakyat dunia, masih ada pilihan. Kita tidak harus menunggu kesampaian perang tanpa membuat persediaan.
Kerana itu, saya mengalu-alukan, malah menggalakkan Amerika Syarikat atau Isreal, menyerang Iran. Apa yang saya tulis ini mungkin membingungkan. Saya sedar bahawa perang akan membawa kemusnahan dan kematian. Tetapi dalam sistem ekonomi kapitalis ini, sebenarnya kita sedang dibunuh secara 'perlahan-lahan' tanpa kita sedari. Kita didodoi dan dininabobokan dengan pelbagai macam 'gula-gula', sehingga kita tidak menyedari bahawa kita sedang menjadi hamba kepada kaum pemodal.
Dalam hidup ini kita akhirnya akan mati. Dalam perang juga kita akan mati. Di sini kita memiliki pilihan sama ada menunggu malaikat maut sampai atau mati bangun melawan. Apa yang terjadi di Iraq hari ini membuktikan bahawa rakyat Iraq telah memilih mati dengan bangun melawan. Kita juga wajib bersedia untuk menhadapi keadaan ini.
Lalu, persoalan timbul apakah bom nuklear atau peluru jenis DU (depleted uranium) akan digunakan? Bila ada insan yang menjadi pesimis dalam hal ini saya ketawa kerana mereka tidak menyedari bahawa saban hari kita juga sedang digudam secara halus dengan racun kimia yang lebih bahaya dari DU. Laut kita sedang dicemarkan olih pelbagai jenis toksik.
Apakah kita lupa bagaimanan ikan-ikan yang kita beli dari pasar telah diawet dengan kimia pengawet mayat. Hutan tropikal punca oksigen kita sedang dimusnahkan untuk membawa untung kepada tauke balak. Yang paling jelas tetapi tidak disedari umum ialah karbon monoksid dari asap kereta dalam kota kita ini mungkin lebih bahaya tamparannya dari peluru.
'Berimamkan keuntungan'
Apa yang dinyatakan di atas ialah pembuktian saya bahawa rakyat di dunia hari ini sedang dibunuh secara perlahan-lahan. Peracunan dan pembunuhan perlahan-lahan ini berlaku bukan kerana niat seorang individu atau kerana konspirasi satu kumpulan, atau kerana Zionis atau kerana sebuah syarikat. Semua ini terjadi kerana landasan asas ekonomi sistem kapitalis yang kita gunakan hari ini berimamkan keuntungan dan bukan untuk kesejahteraan ummat.
Saya tidak sabar lagi menunggu untuk membaca berita bahawa Iran telah diserang. Siapa yang menyerang Iran untuk saya tidak penting. Apa yang penting ialah merebaknya perang di Iraq, bukan hanya ke Iran atau Timur Tengah, tetapi biarlah pecah perang dunia ketiga.
Mari kita lihat sejarah: Sesudah Perang Dunia Kedua, kaum pemodal kapitalis antarabangsa dan tuan empunya gudang senjata telah mengumpulkan pengalaman. Mereka menyedari perang dunia tidak membawa faedah untuk keuntungan mereka.
Kerana itu, sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua, apa yang kita lihat hanya 'perang tempatan'. Perang tempatan berlaku di Indo China, di Colombia, di Eriteria, di Angola, di Nicaragua atau di Bosnia. Bentuk perang tempatan seperti ini dapat dikawal oleh kaum pemodal dan tuan empunya pabrik senjata. Pengawalan ini penting untuk memastikan keuntungan berlipat ganda dan mereka selamat.
Sejarah telah mkenunjukkan Perang Dunia Kedua dahulu adalah satu tamparan yang maha hebat kepada kaum pemodal. Perebutan kaum pemodal untuk menawan tanah jajahan dan bahan mentah membawa suasana baru yang tidak dapat mereka fikirkan terdahulu dari ini. Rakyat di negara-negara tanah jajahan di Asia, Afrika dan latin Amerika telah bangun menuntut kemerdekaan.
Sejarah pasti akan berulang. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Apabila kuasa imperial Amerika menyerang Iraq dan memusatkan perhatian ke Timur Tengah, negara-negara di Latin Amerika telah berjaya membebaskan diri daripada cengkaman kapitalis antarabangsa. Ianya bermula dengan Venezula, Nicaragua,
Colombia, Chile, Bolivia and Brazil.
Contoh rujukan untuk negara-negara Latin ini ialah pulau Cuba yang telah berdiri angguh melawan kapitalis antarabangsa. Negara-negara ini telah merampas kembali harta kekayaan mereka dan memulakan dasar pro-rakyat dan bukan pro-pemodal kaum kapitalis. Bolivia dan Venezula telah menghakmiliknegarakan telaga minyak dan telaga gas mereka.
Bayangkan, jika satu, dua , tiga lagi Iraq muncul, pasti kuasa imperial Anglo-Amerika akan terduduk. Banyangkan jika perang Iraq merebak ke Syria, Iran, Turki, Kosovo, Bosnia, Somalia, Palestin, Sudan, Kurdistan dan Armernia apa yang akan muncul. Selama kini kuasa imperial Anglo-Amerika telah merancang perang tempatan di mana mereka dapat mengawal arah tuju perang itu agar membawa keuntungan kepada mereka.
Kuasa baru
Kita mahu perang yang tidak dikawal oleh kuasa imperial. Justeru, jika perang merebak dari Iraq ke tempat ini, pasti perang dunia akan meletus. Saya amat yakin, daripada pengalaman Perang Dunia Kedua, kuasa imperial Anglo-Amerika tidak akan memiliki kudrat dan iradat untuk mengawal arah tuju perang ini. Perang dunia ketiga ini pasti akan membawa tatasula dunia yang baru.
Pasti akan muncul satu peraturan dan bentuk wilayah dunia yang baru. Dalam Perang Dunia Kedua dahulu, kuasa imperial British jatuh muflis. Kini telah sampai masanya untuk rakyat dunia menjatuhkan kuasa imperial Amerika Syarikat.
Dari pandangan makro perang dunia ketiga ini juga akan memperlihatkan perebutan wilayah dalam bentuk yang baru. Bukan antara kuasa kolonial dan tanah jajahan. Rakyat dari pelbagai negara akan menolak garis wilayah dan sempadan yang selama ini dibuat olih kuasa imperial. China akan mengambil kembali Taiwan. India dan Pakistan akan merebut Kashmir.
Banyak bangsa di Afrika akan membuat garisan pemetaan wilayah yang baru berdasarkan politik identiti. Indonesia juga akan terbarai dan akan wujud negara bangsa yang baru yang bebas dari hegemoni Jawa.
Di tanahair kita, perkara yang samakan berlaku. Sabah dan Sarawak akan bangun untuk merdeka. Bangsa Moro juga akan memiliki negara sendiri. Empat wilayah Melayu di Selatan Siam akan bebas daripada cengkaman Siam. Singapura kan kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.
Pandangan saya ini berpandukan pengalaman Perang Dunia Kedua. Bila perang dunia meletus, kita akan melihat bagaimana kuasa imperial tidak akan memiliki kekuatan bala tentera untuk menundukkan kekuatan rakyat dunia. Dalam masa yang sama juga kuasa imperial Anglo-Amerika ini juga akan mendapat serangan
dari dalam. Di Britain telah wujud peratus jumlah penduduk yang tinggi, yang tidak mengakui diri mereka sebagai British. Di Amerika negara imigran pasti akan berlaku saigan hebat antara yang berkulit putih dan tidak berkulit putih.
Secara mikro dalam negara kita; elit politik, elit pemodal dan borjuis nasional yang selama ini bergantung kekuatan dengan bersandarkan kapitalis antarabangsa, akan goyah. Mereka tidak akan mendapat sokongan dana atau sokongan ketenteraan lagi. Ekonomi akan mengecut. Pada tahun pertama mungkin mereka akan dapat mengawal keadaan tetapi seperti perang dunia kedua dahulu akhirnya mereka wajib membuat pilihan bersama rakyat atau dibungkus.
Bagi saya, inilah suasana politik yang sihat. Apabila dunia kucar-kacir akibat perang, maka satu peraturan baru dapat dimunculkan. Bila perang pecah, siapa yang bijak menyusun, bijak berorganisasi dan memiliki taktik dan strategi yang unggul, maka merekalah yang akan menang. Beberapa tahun dahulu kita telah melihat di Indonesia bagaimana rakyat merampas kembali tanah pertanian mereka yang dijarah oleh kaum pemodal. Ini bukan kerana perang dunia pecah cuma kerana Suharto dijatuhkan.
Bayangkan jika perang dunia pecah Rakyat Pahang akan merampas kembali tanah hutan yang telah digadikan untuk menjadi gedung perjudian. Bayangkan rakyat Chubadak, Tasik Utara, Berembang akan bangun untuk merampas hak tanah mereka yang telah dirompak kaum pemodal. Suasana ini yang akan membuka tatasula baru dalam negara kita. Kuada daulah akan runtuh dan kuasa rakyat yang akan mencipta susunan baru.
Pada 8 March yang lalu, saya terbaca berita ini dari: National Security Council Counter-Terrorism Division, GPO).http://www.infoisrael.net/:
'Israel's National Security Council Counter-Terrorism Division presents the following updated travel warnings for Israelis traveling abroad. It is advised that travelers should avoid visiting and leave the area as soon as possible in the following high to very high-threat countries: Algeria, Afghanistan, Chechnya, (southern Russia) Djibouti, Egypt, (especially the Sinai peninsula), Jordan, Indonesia, Iran, Iraq, Kashmir (northern India), Lebanon Malaysia, Mindanao, (southern Philippines) Northern Nigeria, Pakistan, Saudi Arabia, Somalia Southern Thailand, Syria & Yemen. Travelers should postpone non-essential travel to: Bangladesh, Bangkok, Libya, Oman, Nigeria & southeastern Turkey (borders with Iraq and Iran). Travelers in general, should avoid visiting the following countries: Bahrain, Chad, Kenya, Kuwait, Morocco, Qatar, Tunisia. Israeli citizens are called upon to be especially cautious when visiting: Philippines, Turkey, Thailand, & Uzbekistan.'
Saya cukup gembira apabila membaca amaran dari Isreal ini. Bukakan lagi pentas perang. Satu dua tiga lagi Iraq Ianya pasti akan melahirkan satu tatasula dunia yang baru. Tersenyumlah kerana kita semua akan mati.Persoalannya ialah sama ada kita mati ditipu atau mati bangun melawan. Jika bangun melawan ada kemungkinan kita memiliki 50 peratus peluang untuk hidup.

