Tahun kelima penaklukan Iraq
Penaklukan kuasa imperial Anglo-Amerika ke atas Iraq telah memasuki tahun ke-5. Bila saya menulis ini, angka soldadu Amerika yang tewas ialah 3,332 orang. Jumlah tentera imperial Amerika yang cedera ialah 24,314 orang. Daripada jumlah ini 11,064 telah cedera parah dan telah dihantar pulang.
Awal tahun ini, Presiden George Bush telah menambah 30,000 orang soldadu Amerika untuk menjadikan hampir 150,000 jumlah soldadu Amerika yang kini bertugas di Iraq. Sokongan dari tentera sekutu Amerika bertambah susut. Tentera British yang bertugas di Selatan Iraq akan dipanggil pulang akhir tahun ini. Itali dan Sepanyol telah memanggil pulang soldadu mereka. Kelihatan dasar perang Presiden Bush semakin terpencil.
Dua minggu lalu warga dunia telah 'tersenyum' apabila kuasa imperial Amerika memulakan satu strategi baru mendirikan tembok untuk memisah-misahkan warga Baghdad. Langkah ini sebenarnya bukan satu tindakan baru dari segi ilmu ketenteraan. Maharaja pertama China, Qin Shi Huang telahl mendirikan Tembok Besar pada tahun 200 BC untuk mengagalkan serangan tentera Mongol. Kerajaan Rom yang menjajah Britain juga telah mendirikan Tembok Hadrian pada AD122. Ini pula bertujuan untuk mengkonsolidasi tanah yang dijajah.
Jangan lupa pada bulan Agos 1961 dahulu, dunia menjadi gempar apabila Republik Demokratik Jerman mendiri Tembok Berlin. Lihat pula bagaimana kerajaan Zionist Isreal dalam usaha untuk menumpaskan perjuangan rakyat Palestin telah mendirikan tembok pemisah sejak tahun 1994. Akhir-akhir ini, tembok batu Zionist ini sedang memisahkan penduduk semenajung Gaza dan Tebing Barat.

Kuasa imperial Anglo Amerika di Iraq pada ketika ini sedang menghadapi perang gerila yang paling sengit. Bala tentera yang terkuat dalam dunia kita pada ketika ini, tiba-tiba terduduk kehilangan akal apabila berhadapan dengan fedayeen dan mujahideen Iraq. Presiden Bush, Tony Blair atau Pantagon tidak menjangkkan tentangan rakyat Iraq bagitu kompak dan tersusun. Dalam perhitungan mereka, setelah 12 tahun Iraq dipinggirkan dengan sekatan ekonomi, maka rakyatnya akan datang menyembah kaki kuasa imperial.
Kuasa imperial Anglo Amerikan telah salah hitung. Mereka tidak pernah mengumpul pengalaman dan belajar dari sejarah. Di sini pandangan Mao Tse Tung cukup tetap dalam hal taktik dan stretegi perang gerila. Apa yang sedang berlaku di Iraq hari ini adalah satu contoh klasik perang gerila di mana rakyat tertindas sedang bangun melawan.
Perang gerila yang dilancarkan oleh rakyat Iraq ini telah sampai ke satu tahap yang baru. Mengikut pandangan Pengerusi Mao, tahap ini ailah tahap Perang Rakyat di mana kesemua rakyat telah bangun menyerang musuh. Kecil, tua, muda, lelaki dan perempuan semuanya memainkan peranan untuk
menewaskan musuh. Mengikut teori Mao, seorang gerila adalah sama seperti saekor ikan yang berenang dalam air. Air yang dimaksudkan oleh Mao ialah orang ramai/rakyat. Ikan hanya dapat hidup dalam air. Tanpa sokongan rakyat maka gerila ini akan mati tidak bernafas seperti ikan di darat.
Mengikut strategi perang anti gerila fedayeen dan mujahideen Iraq ini harus dipinggir daripada dapat menyelam di kalangan rakyat. Justeru, didirikan tembok-tembok pemisah. Sekali pandangan ada kemungkinan strategi tembok ini akan berjaya. Tetapi pada hakikatnya, ia akan gagal kerana ikan dan air itu
adalah satu. Gerila Iraq ialah rakyat Iraq. Di mana-manapun berada, mereka akan terus bergerila di luar atau di dalam tembok.
Filem klasik
Taktik yang sama juga telah digunakan oleh Peranchis terhadap rakyat Algeria pada tahun 1954. Ketika itu, kuasa kolonial Peranchis cuba menafikan rakyat Algeria daripada mendapat kemerdekaan. Akhirnya, pada tahun 1962, setelah 18,000 soldadu Peranchis tewas dan hampir 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh, maka kuasa kolonial Peranchis berundur. Rakyat Algeria mendapat kemerdekaan.
Jika ada peluang sila tonton filem klasik The Battle of Algiers oleh Gillo Pontecorvo. seorang pengarah komunis dari Itali pada tahun 1966. Filem ini mendapat hadiah terbaik di Venice dan Filem Terbaik Academy pada tahun itu. Hingga ke hari ini, filem tersebut masih dikaji dari pelbagai sudut. Malah, filem ini telah mempengaruhi ratusan pengarah filem teragung dalam dunia perfileman.
Saya juga terbaca bagaimana filem The Battle of Algiers telah ditayangkan oleh Pentagon pada 27 Ogos 2003 yang lalu lima bulan selepas Iraq diserang. Filem ini ditonton, dibaca dan dikaji oleh aparachik ketenteraan Amerika agar mereka dapat memahami konsep dan falsafah perang gerila di sebuah negara Arab.
Sayang sekali, walaupun bertimbun-timbun bahan kajiselidik perang yang diushakan oleh kuasa imperial Anglo Amerika , mereka masih gagal. Mereka lupa bahawa naga yang mundar-mandir ke hulu ke hilir akhirnya akan dikalahkan oleh ular tempatan. Ini adalah hukum alam. Tidak ada negara, tidak ada rakyat, tidak ada bangsa, yang akan membenarkan diri mereka dijajah atau dijadikan hamba.
Tembok pertama yang didirikan di Baghdad ialah di daerah Adhamiyah. Saya pernah kenal kawasan ini. Saya selalu melepak di caf-caf bawah pokok tamar di kawasan ini pada musim panas tahun 1977. Ketika itu tidak timbul persoalan sama ada kawasan ini diduduki oleh Sunni atau Shia. Malah di Iraq, ketika saya berada di sana, tidak pernah timbul persoalan apa anutan agama atau apa mazhab yang diikuti.
Apa yang saya rasakan ketika itu ialah nasionalisme Arab dan patriotisme Iraq cukup kuat. Rakyat Iraq telah dididik untuk menjadi warga Arab. Kesedaran Arab Iraqi cukup kuat. Malah, nama parti yang memerintah Iraq pada ketika itu ialah Arab Baath Sosialis Party tidak ada disebut nama Iraq. Dasar pan Arab ini bukan hanya retorika politik. Ketika saya di sana, telah diluluskan satu dasar di mana semua rakyat Arab dari mana negarapun boleh datang belajar atau mencari pekerjaan dan menetap di Iraq tanpa memerlukan visa.
Memang wujud tentangan terhadap kerajaan Baath. Memang ada juga unsur-unsur yang ingin mengapi-apikan sifat mazhab. Ini tidak dapat dinafikan. Sikap parochial dan pandangan agama yang sempit ini telah ditentang dandilawan. Hasilnya, rakyat Iraq bangga dengan identiti Iraq mereka Arab, Kurdish atau Turkmen adalah warga Iraq tanpa melihat mazhab atau agama. Ini adalah kekuatan falsafah sekular yang dibawa oleh parti Baath.
Bergaduh sesama sendiri
Kuasa imperial Anglo Amerika, sama seperti kuasa-kuasa kolonial yang lain, telah menggunakan taktik pecah dan perintah. Kalau di Tanah Melayu dahulu British dan Jepun telah mengadu domba antara Melayu, China dan India hasilnya sehingga ke hari ini taktik yang ditinggalkan oleh penjajah itu masih memerangkap kita semua. Di Iraq, taktik Sunni lawan Shia atau Arab lawan Kurdish ini adalah senjata kuasa imperial agar rakyat Iraq bergaduh sesama sendiri.
Tembok yang didirikan di kawasan Adhamiyah itu telah mendapat tentangan yang hebat. Bukan sahaja dari warga Sunni, malah kerajaan boneka yang dilantik oleh Amerika sendiri pun terpaksa menyatakan secara terbuka yang mereka juga menentang tembok-tembok ini.
Hari-hari akhir kuasa imperial Anglo Amerika akan sampai. Anak-anak muda dari United Kingdom dan Amerika akan terus dijadikan sasaran peluru dan bom jerangkap. Tidak ada kawasan yang selamat untuk pencereboh. Di Green Zone, yang dianggap kawasan paling selamat di Iraq terbukti sebagai khayalan
semata-mata. Bulan lalu satu bom telah meletup dalam kawasan ini. Malah setiap hari wilayah Greeen Zone ini juga telah menjadi sasaran bom katak dari gerakan pembebasan rakyat Iraq.
Satu demi satu mayat anak-anak muda Amerika dan British dibawa pulang dalam beg plastik hitam. Angka mereka terus bertambah. Soldadu muda yang patah, yang kudung, yang buta, yang tempang dan yang menjadi sasau, kian bertambah.
Semua alasan-alasan yang diberikan oleh Bush dan Blair ketika ingin menyerang Iraq, kini terbukti sebagai bohong. Hanya ada satu pilihan untuk kuasa imperial Anglo Amerika. Mereka wajib pulang dan meninggalkan Iraq. Meninggalkan Iraq bukan susah. Jalan mana mereka datang dahulu, jalan itulah
yang wajib diambil untuk pulang.