Menang Ijok legitimasi kerajaan tergadai
Usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadikan Ijok sebagai Lunas kedua, tidak kecapaian, kerana calonnya Abdul Khalid hanya mampu meraih 4,034 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban memperolehi 5,884 undi akibat taktik terkotor iaitu gabungan tenaga 3 M (money, machinery dan media).
Di muka depan akhbar Mingguan Malaysia 29 April 2007, terpapar tajuk yang amat sensasi: BN menang majoriti lebih besar di Ijok, Berakhirnya Keadilan? Di muka surat 3, Perdana Menteri Abdullah berkata kemenangan Ijok membuktikan rakyat menolak PKR dan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib pula menganggapnya sebagai mencerminkan sokongan rakyat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdullah.
Namun di pihak yang lain, Anwar tidak menganggap keputusan terbabit sebagai kekalahan PKR, tetapi suatu penghinaan terhadap sistem demokrasi negara kita. Tegas beliau, Keadilan tidak kalah dalam pilihanraya kecil jika BN tidak menggunakan penipuan, rasuah serta segala jentera kerajaan.
Malah beliau berpendapat 'semangat Ijok' yang ditunjukkan oleh pengundi tempatan akan masuk dalam sejarah politik tanahair dan dijadikan contoh untuk diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sesiapa yang telah turun padang dalam kempen pilihanraya kecil Ijok akan bersetuju bahawa Anwar telah disambut dengan meriah sekali oleh pengundi pelbagai kaum di Ijok. Dan ceramah beliau juga sentiasa menarik kumpulan peminat Anwar yang ramai dengan sokongan yang nyata sekali.
Malah, Presiden MCA Ong Ka Ting sendiri mengaku lebih kurang 10 peratus pengundi Cina di Ijok beralih sokongan kepada calon PKR, dan menurut beliau, mereka tidak berpuas hati dengan kenyataan "beberapa pemimpin tertentu yang dianggap telah melukakan hati dan perasaan orang lain."
Isu menjulang keris tentu merupakan salah satu punca kemarahan mereka yang berasa terancam, Namun sampai sekarang, Ketua Pemuda Umno Hishammuddin Hussein Onn masih cuba menegakkan benang basah, kononnya menjulang keris adalah budaya Melayu!
Laporan polis
Di Ijok, budaya politik keganasan Pemuda Umno rasanya telah terjelma dalam bentuk 'Gerak Gempur' yang bersedia untuk menyerang pada bila-bila masa saja. Slogan militan seperti "Pemuda Umno gempur, PKR terkubur" telah digunapakai, dan 28 kes berkaitan pergaduhan dan serang-menyerang sedang disiasat polis.
Selain peristiwa baling membaling dengan botol air mineral dan kayu oleh kedua-dua pihak pada hari penamaan, menurut laporan Harakahdaily, pada pagi hari pengundian 28 April lalu, Mat Jan dan lima orang petugas Pemuda PAS yang menjalankan tugas rondaan, telah diserang oleh kira-kira 40 petugas Umno.
Menurut Mat Jan: "Kami disepak, diterajang, sehingga ada yang jatuh pengsan (iaitu Abu Bakar dan Nazar). Mereka terus dibelasah dengan kayu oleh kira-kira 20 orang dan dipijak-pijak dalam keadaan pengsan, mereka seolah-olah berniat ingin membunuh".
Tambah beliau: "Serangan ganas terbabit telah mengakibatkan empat orang petugas PAS mengalami kecederaan serius dan terpaksa dimasukkan ke Hospital sungai Buloh".
Suasana terror/menakutkan menebal di Ijok dengan kehadiran polis, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan berkuda di merata tempat. Mereka bersikap berat sebelah dalam menjalankan tugas, termasuk mengganggu ceramah calon PKR, dengan alasan tiada permit dan sebagainya.
Ketika pihak BN berasa terancam oleh permulaan tiupan angin perubahan, terutamanya di kalangan pengundi kaum Cina di pekan, bisikan tidak bertanggungjawab pun mula tersebar di kalangan pengundi bahawa jika calon BN kalah, maka kejadian Mei 13 akan tercetus. Nyata sekali bisikan/gertakan keji ini bertujuan untuk menghalang pengundi daripada mengundi calon PKR.
Kes beli undi
Selain itu, masalah penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pengundi hantu dan kes-kes pembelian undi, makin menjadi-jadi dan wang peruntukan khas untuk projek-projek bonanza/durian runtuh pilihanraya kecil di Ijok menurut perhitungan Lim Kit Siang mungkin mencecah 100 juta!
Padahal, ini salahguna kuasa dan 'rasuah' secara terbuka bagi meraih undi bagi menjamin kemenangan calon BN,. Namun perbuatan ini telah dipertahankan, kononnya tidak melanggar undang-undang negara kita!
Projek-projek mi segera yang melibatkan puluhan juta wang rakyat, membuktikan selama puluhan tahun kebelakangan ini, Ijok, sepertimana kawasan desa dan separa desa yang lain, tidak menikmati hasil pembangunan yang sering diwar-warkan oleh kerajaan BN.
Suatu gejala yang menghairankan ialah hingga sekarang masih ada banyak pengundi Ijok yang tidak percaya bahawa calon PKR telah kalah. Saya diberi tahu, ramai penyokong PKR mengisi borang masuk parti, dan pendapat umum kali ini juga lebih simpati kepada PKR dan BN telah menjadi sasaran kritikan yang agak sengit.
Nampaknya, BN yang 'memenangi' pilihanraya kecil Ijok dengan taktik-taktik terkotor itu akan membayar kos yang amat tinggi sekali kerana menang Ijok legitimasi kerajaan tergadai!
Yang lebih membimbangkan BN ialah sama ada penipuan yang memuncak di Ijok akan mencetuskan kemarahan rakyat dan menjadi satu lagi punca pembentukan angin perubahan pada pilihanraya umum yang akan datang?