Masalah pokok dan kesilapan teknikal
Cuba bandingkan Cartoonkini oleh Junar yang bertajuk: "UTK Film Production presents, I KNOW WHAT YOU DID LAST DINNER, Inspired by true story, Featuring RAZAK BROTHERS" dengan "French dinner for 3: Najib doesn't want to be reminded with this romantic event" oleh Tian Chua.
Dengan seimbas lalu, ternyata bahawa apa yang tersirat padahal cerita yang sama dengan kaedah yang berlainan. Zunar menggunakan cara kartun, oleh itu tidak timbul masalah memalsukan gambar, manakala Tian Chua menggunakan teknik pertindihan imej yang kadangkala boleh mengelirukan yang palsu dengan yang benar.
Justeru, kartun Zunar tidak diribut-ributkan seperti ciptaan Tian Chua yang telah diperbesar-besarkan oleh pemimpin Umno/BN untuk menuduh Parti Keadilan Rakyat (PKR), khasnya Ketua Penerangannya itu sebagai "tidak bermaruah" dan "berniat jahat" untuk "menfitnahkan" pemimpin-pemimpinnya.
Kesilapan Tian Chua, jika ada, ialah bila teknik pertindihan imej digunakan, beliau tidak mengkarikaturkan watak-watak gambarnya untuk menyerlahkan sifat ciptaan atau kepalsuannya. Namun, perlu adil kepada Tian Chua, bahawa beliau juga tidak pernah mendakwa gambar terbabit adalah gambar yang benar.
Di samping itu, seperti telah dinyatakan Tian Chua, wanita dalam gambar itu bukan Altantuya Shaariibuu, dan "kepalsuan" gambar itu juga amat mudah dikesan - dan ramai pelayar blog Tian Chua telah membidas beliau kerana menggunakan teknik pertindihan imej.

Dari segi politik, Tian Chua sepatutnya dapat menyangka gambar ciptaan yang amat sensitif itu sudah barang tentu akan diperalatkan Umno/BN untuk menyerang malah menganiayai peribadinya dan partinya seperti yang terjadi sekarang.
Pun tidak bijak bagi pemimpin Umno/BN memperbesar-besarkan kejadian gambar palsu Najib yang diapit oleh wanita yang dianggap sebagai Altantuya dan Abdul Razak Baginda, kerana gambar "palsu" terbabit akan mengingatkan orang ramai tentang gambar yang telah didedahkan oleh seorang saksi rakyat Mongolia yang bernama Burmaa Oyunchimeg (juga dikenali sebagai Amy)!
Amy memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Jun 2007, sekembali dari Paris, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya sedang makan bersama Abdul Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan yang dinamakan Najib Razak.
Polis perlu siasat
Pendedahan Amy yang amat penting dan relevan ini telah "diabaikan" (atas arahan?) oleh kebanyakan akhbar arus perdana, tetapi kini telah menjadi "berita menggemparkan" melalui gambar palsu terbabit, sehingga Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak sendiri terpaksa tampil untuk membidas Tian Chua dan PKR kerana cuba mengaibkan beliau dengan mencipta gambar palsunya bersama Altantuya!
Kini, masalah pokok bukan Tian Chua telah menciptakan sekeping gambar palsu mengenai Najib Tun Razak makan bersama Altantuya di Paris, kerana tiada sesiapa yang cuba mempertikaikan kepalsuan gambar terbabit; tetapi kenyataan Amy dalam mahkamah bahawa Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar dia makan bersama Najib Razak!
Oleh kerana Najib Tun Razak telah berkali-kali menafikan yang beliau mengenali Altantuya, kini kenyataan Amy dalam mahkamah telah bercanggah dengan pengakuan Najib. Antara saksi Amy dan Najib Tun Razak, tentu ada seorang yang menipu, masalah sekarang ialah kenapa Amy atau Najib perlu menipu?
Adalah tanggungjawab mahkamah untuk memastikan hubungan sebenar antara Altantuya dengan Najib Tun Razak. Andainya kenyataan Amy itu benar, malah gambar Altantuya makan bersama Najib itu wujud dan dapat diserahkan kepada mahkamah nanti, tidakkah terbukti Najiblah yang telah menipu?
Seperti saranan Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri itu perlu disiasat oleh pihak polis, kerana orang kanannya dan pengawal-pengawal yang ditugaskan bagi melindunginya telah dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya di samping dakwaan Amy tentang gambar Altantuya makan bersama Najib Razak di Paris.
Perbicaraan kes Altantuya telah menjadi tumpuan seluruh dunia, yang dibicarakan bukan tiga orang tertuduh saja, padahal seluruh sistem kehakiman negara kita sedang dibicarakan.
Jika pemimpin Umno/BN benar-benar bermaruah atau menjaga maruah negara, maka yang patut ditumpukan bukan perkara remeh-temeh seperti gambar palsu ciptaan Tian Chua, tetapi gambar benar yang amat penting dan relevan yang didedahkan oleh Amy sebagai seorang saksi itu!
Aduan pada SKMM
Agar masalah pokok tentang kewujudan gambar Najib Razak makan bersama Altantuya dan Razak Baginda seperti dakwaan Amy dapat diserlahkan dan dijadikan tumpuan di dalam dan luar mahkamah, mungkin ada baiknya Tian Chua menurunkan saja gambar ciptaannya dari blognya memandangkan tujuan asalnya telah tercapai, sekaligus menggagalkan komplotan Umno untuk menganiayainya.
Menurut laporan media, Pengarah Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar dipetik sebagai mengatakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, sesiapa yang menggunakan kemudahan rangkaian atau kemudahan aplikasi dengan menyiarkan artikel, gambar atau bahan-bahan lucah, palsu dengan niat menyinggung orang boleh didenda RM 50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) telah membuat aduan rasmi mengenai paparan gambar palsu dalam laman blog Tian Chua kepada SKMM untuk disiasat.
Niat Tian Chua memaparkan gambar ciptaannya telus dan ikhlas saja: memperingatkan mahkamah dan orang ramai tentang kewujudan gambar Atlantuya makan bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda yang telah didedahkan oleh Amy sebagai seorang saksi dalam mahkamah.
Sebaliknya, KJ yang berniat jahat untuk menganiayai Tian Chua melalui Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, dan mungkin juga berniat untuk membunuh dua burung dengan satu batu, dengan memperbesar-besarkan isu gambar Najib makan bersama Altantuya!
Penyelesaian yang wajar sekali mungkin seperti yang dicadangkan oleh Angkatan Muda PKR, iaitu Peguam Negara dan barisan pendakwaraya mensapina Najib untuk menjadi saksi dalam perbicaraan terbabit, agar segala keraguan tentang hubungan beliau dengan Altantuya dan keterlibatan beliau dapat kes terbabit dapat dihakiskan.