Berterima kasih kepada Pak Lah? Jangan harap...
Nampaknya antara ketua beliau dan Tuhan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih mematuhi Tuhan.
Mungkin keputusan Menteri Dalam Negeri itu untuk membebaskan tahanan reformasi dimudahkan dengan ketiadaan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang pada masa itu sedang mendapat tepukan di bahu, katanya, di Sidang Kemuncak G8 di Perancis.
Namun kebebasan tahanan reformasi datang di luar jangkaan. Dikatakan bahawa keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum arahan penahanan selama dua tahun itu luput.
Keputusan yang dibuat selepas ketibaan Abdullah lewat malam setelah bercuti 10 hari di Australia menunjukkan bahawa kerajaan pada mulanya berazam untuk terus menahan pemimpin-pemimpin reformasi tersebut.
Penukaran fikiran pada saat terakhir itu pastilah disebabkan tekanan politik oleh gerakan anti ISA.
Tetapi ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Zainal Abidin Zin. Menurut beliau, kerajaan menerima laporan ''baik'' mengenai kelakuan pemimpin-pemimpin reformasi tersebut ketika dalam tahanan.
Benarkah penjelasan beliau?

Tiada rasa kesal
Hanya dua minggu yang lalu, tahanan reformasi bergelut dengan pengawal mereka kerana kebun sayur dan notebook komputer.
Kebun Hishamuddin Rais yang diusahakannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting, dimusnahkan sebagai hukuman ke atas beliau yang cuba mempertahankan rakan setahanannya yang dipaksa menghadiri kes mahkamah walaupun tidak sihat.
Hishamuddin kemudiannya diletakkan dalam kurungan seorangan apabila dia cuba menghalang pengawal daripada membelasahi teman sepertahanan Tian Chua ketika sebuah serbuan dibuat untuk mengambil laptop Chua yang digunakannya untuk mengikuti kursus luaran di sebuah universiti tempatan.
Kedua-dua tahanan belum membatalkan kegiatan reformasi mereka. Malah, mereka sering melaungkan tekad mereka untuk terus berjuang. Jadi jelas sekali kebebasan mereka bukanlah disebabkan oleh 'kelakuan baik' mereka.
Tetapi putar-belit Zainal tidak berakhir di situ.
Katanya, mereka yang dibebaskan patutlah - bersedia, ya - berterimakasih kepada kerajaan kerana "bertindak mengikut undang-undang dan peraturan".
Bukankah ini gurauan yang tidak mengena? Menyuruh tahanan bersyukur kepada penahan mereka bak menyuruh isteri yang didera bersyukur kepada suami kerana membenarkannya keluar rumah.
Tidak, Abdullah tidak layak mendapat tepukan di bahu. Kerana beliaulah yang menandatangani arahan penahanan yang menyebabkan tahanan hilang dua tahun kehidupan mereka.
Dia sahajalah yang bertanggungjawab memisahkan bapa daripada anak, suami daripada orang kesayangan dan, bagi Hishamuddin, bukan sahaja daripada keluarganya tetapi juga kucing-kucing yang amat disayanginya.
Kejahatan menang
Jadi siapa yang patut kita berterima kasih untuk kebebasan mereka?
Jelas sekali mereka ialah keluarga tahanan, pertubuhan hak manusia dan penyokong kempen anti ISA yang tekad berjuang walaupun diberitahu oleh pihak berkuasa bahawa usaha mereka sia-sia.
Malah, ada yang menyeru supaya penentang ISA melepaskan perjuangan mereka, dan berkata bahawa tidak ada orang yang mengambil peduli tentang isu ini, bahawa mereka tidak relevan dan memberi amaran supaya jangan memburukkan keadaan, dan mereka lebih baik menerima keadaan sediakala meskipun ia serba kekurangan.
Walaupun ada ketikanya seolah-olah tiada harapan, pejuang anti ISA tidak berputus asa. Untuk itu mereka patut memberi diri sendiri tepukan di bahu.
Edmund Burke, seorang ahli falsafah Ireland berkata: "Kejahatan menang apabila orang budiman tidak berbuat apa-apa."
Perubahan pasti berlaku lambat-laun nanti. Sama ada kita masih di bumi ini untuk melihatnya tidak begitu penting. Yang penting ialah orang budiman mesti berbuat sesuatu.