Bayangkan menaik taraf kediaman dengan harga satu hidangan makanan. Dengan hanya RM12, gaya hidup sihat bukan lagi satu kemewahan, sebaliknya ia kini menjadi realiti yang mampu dicapai oleh setiap isi rumah di Malaysia. Baru-baru ini, Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO Malaysia telah melancarkan Promosi Madness 12, sebuah promosi luar biasa yang direka untuk menjadikan gaya hidup sihat lebih mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia. Dengan RM12 yang istimewa ini, Pencipta Kediaman Sihat tersebut menambah nilai signifikan kepada isi rumah di Malaysia dengan mengurangkan beban bagi kediaman mahupun perniagaan untuk menerapkan solusi kesejahteraan ke dalam ruang kehidupan mereka.

Jimat Gila Dengan Promosi Madness 12

CUCKOO Malaysia mempunyai alasan yang kukuh di sebaliknya ‘kegilaan’ promosi ini. Memandangkan CUCKOO Malaysia sentiasa mencabar model harga tradisional bagi memastikan kehidupan sihat adalah inklusif, inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada usaha berterusan jenama untuk memastikan standard kehidupan yang lebih tinggi bukan sekadar untuk segelintir pihak. Promosi Madness 12 menawarkan kadar sewaan bulanan pada harga hanya RM12 untuk 6 bulan pertama bagi pelanggan individu dan korporat ke pelbagai produk ekosistem penyelesaian kesejahteraannya. Inisiatif jimat tinggi ini juga berfungsi sebagai sokongan tepat pada masanya bagi rakyat Malaysia, membolehkan semua orang untuk terus mengutamakan kesejahteraan diri meskipun berdepan dengan cabaran iklim sosio-ekonomi semasa.

Ekosistem Penyelesaian Kesejahteraan Yang Pelbagai

CUCKOO Malaysia menawarkan lebih daripada sekadar penapis air. Sebagai Pencipta Kediaman Sihat, ia memiliki ekosistem penyelesaian kesejahteraan yang luas merangkumi pelbagai peralatan rumah dan barangan rumah. Sama ada untuk kesejahteraan tubuh, minda mahupun jiwa, Promosi Madness 12 ini merangkumi pelbagai kategori produk yang berbeza, termasuk penapis air, penapis air luar kediaman, penapis udara, peralatan dapur, mesin lari (treadmill)  dan lebih lagi.

“Di CUCKOO Malaysia, kami percaya bahawa kediaman yang lebih sihat bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan. Promosi Madness 12 ini adalah cara kami menambah nilai kepada komuniti. Menerusi inisiatif seperti ini kami dapat memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam perjalanan ke arah kediaman yang lebih sihat,” kata Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Queenie Goh.

Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi CUCKOO Madness 12, sila layari laman web rasmi CUCKOO Malaysia.


Siri Healthy Home ini adalah hasil kerjasama dengan Cuckoo.