Selepas kemunculan istimewanya di konsert ulang tahun pada 24 Oktober yang lalu, bintang antarabangsa dan Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, meneruskan kemeriahan dengan menyantuni peminat di acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil keesokan harinya. Kehadiran ikon global ini di Pop-Up CUCKOOTOPIA sekali gus melengkapkan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”). Dalam acara tersebut, beliau juga telah merasmikan barisan inovasi kediaman sihat terbaharu CUCKOO. Antara yang menjadi tumpuan utama ialah pelancaran CUCKOO Lifestyle Hamper bersempena Tahun Baru Cina. Hamper-hamper ini memberi nafas baharu kepada tradisi pemberian hadiah perayaan dengan menterjemahkan harapan kesejahteraan hidup kepada kemudahan serta keselesaan kehidupan yang dapat dirasai dan dinikmati berpanjangan.

"Sebagai Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), kami sentiasa mencari cara baharu untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia, sama ada menerusi produk yang digunakan di rumah mahupun hadiah yang dipilih untuk insan tersayang. Lifestyle Hamper kami menerapkan falsafah ini sempena Tahun Baru Cina. Ia memberi nafas baharu kepada hamper tradisional dengan menterjemahkan harapan kesejahteraan hidup kepada sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan dinikmati seisi keluarga sepanjang tahun," kata Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia.

Mengetengahkan tema ulang tahun “Menghargai Setiap BFF” (Buddies, Friends, dan Families), acara pop-up ini meraikan komuniti CUCKOO Malaysia menerusi pelbagai aktiviti interaktif, pameran produk, dan tawaran eksklusif. Acara empat hari ini mencapai kemuncaknya hari ini dengan penampilan istimewa oleh Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho. Tampil ke pentas untuk berinteraksi bersama orang ramai, beliau berkongsi sedikit sebelum merasmikan Hamper Lifestyle CNY CUCKOO (CUCKOO CNY Lifestyle Hamper)  dan menjadi individu pertama yang menerimanya.

Selain daripada hamper-hamper Tahun Baru Cina, pentas utama turut menampilkan Penapis Air Pembuat Ais CUCKOO GRANITE dan Mesin Pencuci Pinggan CUCKOO QUBE yang baru dilancarkan serta enam lagi inovasi kediaman sihat yang bakal dilancarkan, termasuk Penapis Air CUCKOO FLO MAX, Kepala Pancuran Bertapis CUCKOO AquaAura, Periuk Tekanan CUCKOO CMC-BSN501, Periuk Serbaguna Rendah Gula CUCKOO CR-1060F, Penapis Air Bebas Tangki CUCKOO PETITE, dan sebuah stesen air mudah alih.

Nafas Baharu Pemberian Hadiah Tahun Baru Cina

Melalui majlis yang sama, CUCKOO Malaysia melancarkan Hamper Lifestyle CNY CUCKOO (CUCKOO CNY Lifestyle Hamper) yang menyuntik kelainan dalam tradisi pemberian hadiah perayaan menerusi barangan keperluan kediaman dan kesejahteraan hidup yang praktikal. 

Melangkaui pemberian perayaan biasa, koleksi ini menampilkan produk yang direka untuk menawarkan kemudahan, keselesaan, dan kesejahteraan hidup yang berkekalan. Setiap kotak eksklusif ini menggabungkan barangan keperluan harian dengan pembungkusan perayaan simbolik untuk menyampaikan keberkatan Tahun Baru – sama ada untuk permulaan yang menyegarkan, tahun yang penuh kelimpahan rezeki, mahupun kemeriahan berkumpul bersama keluarga. Dengan menterjemahkan harapan kesejahteraan kepada kelengkapan kediaman yang praktikal, koleksi ini memastikan keprihatinan di sebalik setiap pemberian dapat dirasai dan dinikmati berpanjangan, melangkaui musim perayaan.

Koleksi ini menampilkan tiga konsep hamper yang berbeza, dengan pelbagai pilihan set untuk disesuaikan dengan keperluan penerima: 

  • The “Splash of Fortune Lifestyle Hamper”(喜一喜生活礼)menampilkan kepala pancuran bertapis untuk permulaan tahun yang menyegarkan.

  • The “Taste of Prosperity Lifestyle Hamper”(旺一旺生活礼)menampilkan periuk serbaguna dengan membawa hasrat untuk kelimpahan rezeki dan tahun yang penuh dengan khasiat.

  • The “Pot of Togetherness Lifestyle Hamper”(聚一聚生活礼)menampilkan periuk panas seramik CUCKOO x Color King bagi meraikan kemeriahan berkumpul dan menikmati hidangan bersama keluarga dan orang tersayang.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jenis hamper ini menawarkan cara yang bermakna untuk mendoakan kesihatan, kebahagiaan, dan kemakmuran buat orang tersayang. CUCKOO CNY Lifstyle Hamper ini boleh ditempah bermula pada akhir bulan November 2026.

Acara pop-up ini turut dijayakan dengan sokongan WonderLab dan STEP8IGHT selaku Rakan Rasmi Gaya Hidup (Official Lifestyle Partners), MONTIGO selaku Rakan Rasmi Bekas Minuman (Official Drinkware Partner), GOOJODOQ selaku Rakan Rasmi Pendinginan Mudah Alih (Official Portable Cooling Partner), HWC Coffee selaku Rakan Rasmi Minuman (Official Beverage Partner), TikTok Shop selaku Rakan Rasmi e-Dagang (Official E-Commerce Partner), serta Samsung Malaysia Electronics selaku Rakan Sokongan (Supporting Partner). Acara ini juga dilaksana bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).


Siri Healthy Home ini adalah hasil kerjasama dengan Cuckoo.