Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kristen Stewart ketawa dituduh lesbian
Diterbitkan:  Jun 18, 2015 1:01 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Bagi Kristen Stewart selera seksualnya bukan sesuatu yang perlu dirahsiakan.

Justeru kata bintang filem Twilight itu, jika ditakdirkan dia seorang lesbian ia tidak akan disembunyikan.

“Tak ada apa yang perlu dimalukan,” katanya.

Namun Kristen mendakwa dia bukanlah seorang lesbian walaupun gambar mesra dan intimnya dengan penerbit kesan khas berpangkalan di Los Angeles, Alicia Cargile menjadi bahan perbualan peminat.

Akibat ‘kemesraan terlampau’ itu, Kristen, 24, digosipkan mempunyai selera seksual songsang sejak musim panas lalu.

Sumber berkata, apa yang dipentingkan Kristen ialah rasa cinta.

“Dia benar-benar gembira bersama Alicia,” katanya.

Mac lalu Pop Dust melaporkan Kristen menari dengan ghairah bersama Alicia di Palm Springs, California.

Saksi pula mendakwa mereka berdakapan sambil menari.

Selepas kira-kira 30 saat mereka ketawa dan berkucupan.

Sementara itu Showbiz Spy pula melaporkan Kristen “sangat geli hati” dengan laporan mengenai selera seksualnya.

“Dia ketawa tak berhenti-henti apabila membaca berita kononnya dia lesbian,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS