Sempena Ramadan yang penuh keberkatan, beberapa selebriti tanah air berkongsi kegembiraan meraikan majlis berbuka puasa bersama 70 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih (PJLK) di Royal Chulan, Sungai Penchala semalam.
Antara selebriti yang hadir ialah Datuk M Nasir dan pasangannya Datin Marlia Musa, Datuk Aznil Nawawi, Rozita Che Wan bersama suami Zain Saidin, Neelofa dan Ryzal Jaafar.
Selain artis terkenal, pereka fesyen seperti Rizman dan Ruzaini juga hadir memberi sokongan.
Sambil menikmati hidangan lazat tetamu sempat dihidangkan beberapa lagu dendangan Hafiz Hamidun dan Bob Yusof.
Pada penghujung majlis, semua kanak-kanak PLJK dipastikan tidak pulang dengan tangan kosong.
Mereka menerima sumbangan duit raya disampaikan Pengarah Sumber Manusia the Royal Chulan Damansara, Haris Datuk Mokhtar.
Bukan saja artis terkenal tanahair berkesempatan beramah mesra dengan anak PJLK, malahan pereka fesyen seperti Rizman dan Ruzaini juga hadir memberi sokongan.
Majlis yang diadakan itu mengetengahkan tema Warisan Nusantara juga dijadikan ruang mempromosi buffet lazat hotel berkenaan yang menyediakan hidangan dari enam negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand untuk menambat citarasa pengunjung.
