Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Taylor Swift tak rela Apple putar lagu
Diterbitkan:  Jun 22, 2015 5:40 AM
Dikemaskini: 9:44 PM

Tidak semua artis merelakan Apple Music menggunakan produk mereka untuk mempromosi perkhidmatan baru syarikat itu.

 

Padas 8 Jun lalu Apple mengumumkan akan memulakan perkhidmatan strim muzik yang mengenakan caj AS$9.99 sebulan selepas tempoh promosi percuma selama tiga bulan.

 

Sepanjang tempoh itu Apple membenarkan pengguna menikmati lagu penyanyi terkenal dan syarikat berkenaan tidak memberikan bayaran royalti kepada artis terbabit.

 

Hari ini Taylor Swift secara terbuka menolak lagunya muncul dalam perkhidmatan strim Apple.

 

Melalui surat terbuka di Tumblr penyanyi itu menulis menjelaskan mengapa dia mengambil pendirian berkenaan.

 

Kata Taylor, tindakan Apple itu “mengejutkan dan mengecewakan”.

 

Antara lain Taylor menulis: Tindakan ini bukan untuk saya. Syukur saya sudah meneribitkan album kelima dan mampu menyara diri sendiri, band, kru dan seluruh pasukan pengurusan dengan mengadakan persembahan langsung. Tindakan ini adalah untuk penyanyi baru yang baru dan menganggap bayaran royalti daripada karya itu akan membantu mereka keluar daripada beban hutang. Ini juga untuk penerbit yang bekerja dengan gigih untuk mencipta – sama seperti pereka di Apple – yang tidak mendapat imbuhan daripada karya mereka yang dimainkan selama suku tahun.

 

To Apple, Love Taylor http://taylorswift.tumblr.com/post/122071902085/to-apple-love-taylor …

Posted by Taylor Swift on Sunday, June 21, 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS