Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Di celah khabar angin Cut Tari muncul bersahaja
Diterbitkan:  Jun 22, 2015 12:40 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Seolah-olah Cut Tari dan kontroversi berpisah tiada.

 

Ketika tersebar berita mengenai sejumlah artis menjadi pelacur kelas atasan, Cut Tari agak lama menghilang. Khabar itu semakin panas apabila dikhabarkan salah seorang artis yang terbabit dikenali sebagai CT.

 

Padas masa sama, khabar angin bertiup mendakwa bekas kekasih Ariel Noah itu sedang hamil walaupun dia kini berstatus janda.

 

Khabar sebenar Cut Tari juga tidak diketahui rakan karibnya.

 

Namun kelmarin tanda tanya itu bagaikan terpadam sendiri apabila Cut Tari muncul di khalayak ramai – dan tanpa sebarang tanda perutnya berisi.

 

Khamis lalu Cut Tari muncul menjadi tetamu program Ini Sahur. Bersama hos Sule dan Andre Taulany, Cut Tari kelihatan seperti biasa digandingkan dengan model Senk Lotta.

 

Nama Cut Tari memang selalu kontroversi. Tiga tahun lalu dia menjadi perhatian apabila terbabit dalam skandal video seks bersama Ariel. Tidak seperti Luna Maya, Cut Tari mengaku wanita dalam video itu adalah dirinya.

 

Tidak lama kemudian dia bercerai dengan suaminya, seorang ahli perniagaan, Yusuf Subrata.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS