Baru saja enam bulan melahirkan, si bintang jelita berhijab Oki Setiana Dewi dikhabarkan hamil kembali.

 

Justeru, Ramadan kali ini Oki, 26, terpaksa melaluinya dengan berpuasa, menyiapkan hidangan untuk suami, menyusui bayi sambil 'membawa perut'.

 

“Ramadan ini aku hamil lagi. Sudah tujuh minggu,” kata Oki di Kebun Jeruk, Jakarta Barat.

 

Hal itu membuatkan secara tidak langsung tugas Oki semakin berat. Ia tidak termasuk pekerjaan yang harus bermula seawal sahur.

 

 

Dahsyat hari ini 21 Juni 2015 Dress & Hijab @osdonline @maryam_osd @oryvitrio

A photo posted by Oki Setiana Dewi- Umma Maryam (@okisetianadewi) on

Pada awalnya Oki cuba juga berpuasa, namun ternyata dia tidak sekuat yang disangkanya.

 

“Tahun lalu saya cuba berpuasa meski hamil lima bulan. Saya berpuasa ketika tidak menjalani penggambaran sinetron selama empat hari. Tapi ternyata tahun ini lebih berat kerana pengambilan nutrient pada badan ini harus dibahagi tiga, Oki, bayi dalam perut dan Maryam,” katanya.

Maryam yang dinyatakan Oki itu ialah anak pertamanya, Maryam Nusaibah Abdullah.

Baginya, dia bersyukur kerana Islam memberi kelonggaran berpuasa khusus untuk ibu yang hamil dan menyusui bayi.

“Mulanya saya bersahur, tetapi masih juga tidak kuat. Dan ternyata dalam Islam ada keringanan berpuasa buat ibu yang hamil dan menysusui. Ada kelonggaran untuk membayar fidyah, jadi Alhamdulillah, Tuhan tidak menyukarkan hamba-Nya,” katanya.