Kerana Taylor Swift Apple Music tukar dasar
Kurang dari 24 jam selepas menulis surat terbuka kerana enggan lagunya dimainkan secara percuma, Apple Music tampil dengan jawapan yang positif dan menggembirakan.
Apple memberi respon kepada Taylor selepas membaca surat yang disiarkan dalam Tumblr.
Dalam surat terbuka itu Taylor menjelaskan mengapa dia enggan membenarkan lagunya dimainkan Apple Music yang ingin menawarkan lagu dari album 1989 secara percuma.
Naib presiden kanan perisian Internet dan pekhidmatan Apple, Eddy Cue tanpa berlengah terus memberi respon kepada Taylor menggunakan akaun Twitter, Cue dengan permohonan maaf dan sekaligus menjanjikan perubahan dasar dalam syarikatnya, semalam.
“Apabila saya terjaga pagi ini dan membaca surat Taylor, ia benar-benar menunjukkan kita perlu melakukan perubahan,” katanya kepada New York Times.
Taylor menimbulkan isu berkenaan selepas mendapati Apple tidak membayar royalti kepada pencipta, penerbit mahupun artis yang digunakan dalam perkhidmatan strim itu selama tempoh tiga bulan percubaan.
We hear you
@taylorswift13
and indie artists. Love, Apple
— Eddy Cue (@cue)
June 22, 2015
Kata Cue, dalam perancangan Apple, ia membayar bayaran royalti lebih tinggi bagi menggantikan tempoh percubaan yang tidak dibayar sebelumnya.
Bagaimanapun, Apple menghormati dan akur dengan aduan Taylor dan syarikat yang lebih kecil.
“#AppleMusic akan membayar artis untuk strim, walaupun ketika tempoh percubaan pelanggan,” tulisnya dalam Twitter
Dan dalam tindakan susulan Tweet itu, Cue ‘melaungkan’ nama penyanyi itu dengan berkata: “Kami mendengar kamu @taylorswift13 dan artis indie. Sayang, Apple.”

