Tolonglah, Mariah anda terlalu cantik untuk Packer
Mariah Carey ada pelan sendiri untuk anak-anaknya pada sambutan Hari Bapa - membawa mereka menaiki kapal layar ditemani kekasih baru!
Bertepat di Capri, Itali Mariah, 45, meluangkan masa bersama James Packer bersiar-siar dalam di atas lautan dengan ditemani anaknya, Monroe Cannon dan Moroccan Scott Cannon.
Untuk makluman, Packer, 47, bukanlah lelaki sembarangan.
Dia adalah lelaki keempat terkaya di Australia dengan nilai kekayaan dianggarkan sebanyak RM149 bilion.
Pada masa sama, bekas suami Mariah, Nick Cannon berputih mata meraikan hari istimewa itu bersama anak kembar mereka yang kini berusia empat tahun.
Sebagai pengganti, Monroe dan Moroccan menyiapkan ucapan khas untuk Cannon.
Imej Monroe dan Moroccan yang memegang plakad itu dimuatnaik oleh Mariah dalam akaun Instagram @mariahcarey: "Selamat Hari Bapa @nickcannon!! Sayang Roc dan Roe,” tulisnya.
Namun tidak semua orang nampaknya gembira dengan kegembiraan Mariah.
Selepas memuat naik gambarnya bersama Packer, ada peminat berasa tidak puas hati.
"Kamu terlalu cantik dan bergaya untuk bersama James Packer! Tolonglah!!!!" kata salah seorang pengikut Mariah di Instagram.

