Vokalis Slipknot Corey Taylor memang terkenal kerana begitu lantang dan berterus terang menyatakan perkara yang membuatnya meluat.

Kali ini, hal yang menjadi sasarannya adalah penggunaan monopod - selfie.

“Oh Tuhan, monopod, batang selfie. Biar betul! Itu yang keluar dari mulut saya apabila melihat alat berkenaan. Pengeluar memperoleh keuntungan ratusan ribu dolar setiap hari daripada kebodohan kita merakam muka sendiri!” kata Taylor.

Alat sambungan kamera itu menjadi semakin meluas penggunaannya di konsert, hingga membuatkan penganjur seperti Coachella dan Lollapalooza mengangkatnya sebagai "item yang diharamkan" dalam senarai syarat mereka tahun ini.

Antara lokasi lain yang turut menguatkuasakan pengharaman gajet berkenaan ialah United Kingdom, Muzim Seni Moden New York dan Walt Disney World di AS.

“Ia ciptaan yang bodoh. Apa masalah kita sebenarnya? Alat itu benar-benar membuatkan saya bengang.

“Saya teringin benar nak membelasah individu yang hasilkan gajet itu dengan kayu besbol atau kriket. Selepas itu polis boleh menggari saya," katanya.