Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Dokumentari Amy Winehouse terpesong'
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 3:26 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Bapa mendiang Amy Winehouse berhasrat menghasilkan dokumentari mengenai penyanyi itu dan berharap fakta yang disampaikan nanti dapat memperbetulkan persepsi ramai mengenai anaknya.

Isu itu berbangkit selepas tayangan umum dokumentari arahan Asif Kapadia berjudul Amy disiarkan hari ini.

Mitch Winehouse berharap dokumentari versinya itu akan memaparkan maklumat mengenai kehidupan - dan kematian - Amy.

Sebelum ini Mitch mendakwa dokumentari Kapadia jauh terpesong daripada fakta dan hanya menggambarkan dirinya sebagai tamak dan tidak mengambil berat mengenai keadaan Amy.

 

Media hari ini melaporkan, Mitch mengesan beberapa fakta yang mengelirukan dalam dokumentari berkenaan dan memaklumkannya kepada Kapadia supaya perubahan dibuat pada jalan penceritaan.

Media juga melaporkan, bekas tunang Amy, Reg Traviss turut bercadang membikin dokumentari yang panjangnya seperti filem bagi memperbetulkan kesilapan berkenaan.

 

“Mitch dan Traviss bercadang untuk melakukan sesuatu bagi memperbetulkan kesalahan dan apa yang tidak dinyatakan dalam filem berkenaan.

 

“Versi mereka sendiri mengenai Amy sedang dibincangkan,” kata sumber.

 

Amy disahkan mati pada 2011 kerana dipercaya membunuh diri. Sepanjang hayatnya dia sempat menghasilkan dua album iatu Frank (pada 2003) dan Back to Black (2006).

Sebelum ini, ribuan peminat hadir bagi menyaksikan tayangan perdana dokumentari Amy di Festival Glastonbury 25 Jun lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS