Dengan masalah kanser serviks yang sudah diatasi, tiada alasan untuk Julia Perez berdiam diri.

Antara keutamaan bagi selebriti yang selalu bikin gempar itu ialah menjalankan ujian kesihatan rahim bagi mengetahui sama ada dia masih boleh memiliki anak atau tidak.

Media Indonesia semalam melaporkan, aktiviti Julia - atau lebih dikenali dengan gelaran Jupe - itu dikesan melalui akaun Instragramnya.

Melalui gambar dimuat naik aktres berusia 34 tahun itu, dapat diketahu dia menjalankan pemeriksaan di Pusat Perubatan Epicentrum Medical di Kuningan, Jakarta Selatan.

"Alhamdulillah subur, sehat. #cancersurvivor #fightforlife #healty #thankGOD," tulis Julia sebagai kapsyen mengiringi gambar berkenaan.

Dia yang dikenali dengan lagu Aku Rapopo itu sebelum ini mendapatkan rawatan di Singapura kerana masalah kanser serviks.

 

Alhamdulilah subur 😍 sehat ...#cancersurvivor #fightforlife #healty #thankGOD

A photo posted by Juliaperez (@juliaperrezz) on

Pada suatu ketika dia dilaporkan tidak dapat hamil kerana penyakit kanser itu melemahkan rahimnya.

Keadaan itu mendorong peminat berdoa untuk kesejahteraan Julia.

Dia juga pernah membikin gempar kerana menyatakan niatnya hamil melalui bank sperma namun dikecam pelbagai pihak kerana ia bermakna Julia akan memiliki zuriat tanpa bersuami.