Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Mahu memahami konflik politik semasa? Apa kata kalau anda menonton semula Gedebe.

Ia dicadangkan Nam Ron ketika dia berkongsi pandangan mengenai perkembangan semasa yang berlaku dalam negara ini.

Nam Ron - atau nama sebenarnya Shahili Abdan - berkata Gedebe seolah-olah membias keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Kata seniman berusia 46 tahun itu, dia merancang untuk menyiapkan projek teater terbarunya, Gedebe.

"Saya memilih medium ini untuk berkongsi idea kepada umum kerana berasakan ia mampu memberi kesan positif, kerana ia memberi kesan seni biasan ( art of reflection ) melalui penceritaan pentas.

“Ia mungkin tidak membantu dari segi fizikal tetapi dapat menjana sudut fikiran untuk melihat," katanya kepada Malaysiakini.

Wadah pelbagai

Nam Ron berkata, rasa dari segi art of reflection , Gedebe sangat sesuai dengan keadaan sekarang.

Gedebe pertama kali dipentaskan pada 2001 dan berjaya meraih sambutan yang tinggi.

Hal itu mendorong Nam Ron untuk mencuba nasib sekali lagi mementaskan karya arahannya itu buat kali kedua tahun depan.

Gedebe dirakam dalam bentuk digital oleh Cipta Films dengan kerjasama Nam Ron dan Amir Muhammad pada 2002. Ia kemudian ditayangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2003.

Pemegang watak utama ketika itu adalah Zul Huzaimy Marzuk (Brutus) dan Md Ezendy Aziz (Cassius).

Gedebe adalah adaptasi longgar dari karya William Shakespeare, Julius Ceasar yang mendapat suntikan elemen tempatan.

Biarpun baru pada peringkat perancangan, Gedebe diharap turut dapat diketengahkan melalui pelbagai wadah yang lebih daripada sekadar teater, sebaliknya menerusi gig, filem dan komik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS