Penerbit filem Jerry Weintraub menghembuskan nafas terakhirnya di hospital selepas dilaporkan mengidap masalah usus hingga mengakibatkan dua serangan jantung semalam.

Penerbit yang pernah memenangi tiga anugerah Emmy dan bertanggungjawab menghasilkan semula filem Ocean’s Eleven serta Karate Kid itu disahkan tenat semasa berada dalam jagaan keluarganya di Palm Springs, tempat dia meninggal dunia.

Menurut anggota keluarganya, Weintraub menghabiskan saat terakhir hidupnya di hotel mewah Biltmore Santa Barbara di Montecito pada hujung minggu lalu.

Weintraub sempat menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai lalu namun jatuh sakit tidak berapa lama kemudian.

Telahan awal ke atas masalah kesihatan Weintraub hanyalah disebabkan keracunan makanan.

Bagaimanapun, keadaan pelakon berusia 77 tahun itu mulai bertambah meruncing pada waktu malam dan panggilan kecemasan dibuat pasangannya Susan Ekins.

Hasil pemeriksaan doctor mendapati Weintraub mengidap masalah usus – satu keadaan yang begitu menyakitkan apabila usus kecil atau besar terhalang daripada mencerna makanan, cecair dan gas dari bergerak dalam usus.

Ekoran kejadian, satu ujian imbasan CT dibuat dan diagnosis disahkan, tetapi doktor memberitahu keadaan itu tidak membahayakan.

Selama lebih 50 tahun, penerbit kelahiran AS itu terkenal sebagai satu daripada tokoh industri hiburan paling menghiburkan.

Dia juga menggelarkan dirinya sebagai Broadway Danny Rose

Bermula sebagai pengurus bakat

Weintraub menceritakan pengalaman kariernya dalam sebuah buku memoir When I Stop Talking, You'll Know I’m Dead, ditulis oleh Rich Cohen.

Buku itu kemudia didokumentasikan dalam rancangan televisyen HBO dengan tajuk His Way.

Dalam wawancaranya dengan CNN pada 2010, Weintraub menceritakan keghairahan yang mendorongnya berjaya, termasuk membuat filem bersama George Clooney dan Brad Pitt, atau bersusah payah mencari gig untuk artis remaja.

Ketika mengenang kematian itu, Clooney berkata, akan tiba harinya untuk dunia menghargai Weintraub.

“Bersama masa, pencapaian kita akan bertambah baik apabila kita semakin berusia, sepertimana yang Weintraub mahukan, tetapi ia bukan pada hari ini kerana rakan kami sudah meninggal dunia,” kata Clooney.

Weintraub pada asalnya bekerja sebagai pengurus bakat.

Dia menjadi ejen kepada ramai bintang terkemuka seperti Frank Sinatra, Neil Diamond dan John Denver di kemuncak kemasyurannya tahun 1970 selain pernah mempromosikan konsert Led Zeppelin.

Tahun 1970, Weintraub mula mengembangkan perniagaannya dalam penerbitan filem dan hasilnya drama muzikal pertamanya Nashville 1975 dipentaskan dengan arahan Robert Altman.