Tukang masak popular Farah Quinn ‘mengamuk’ di media sosial selepas peminat mengutuk wajah anak lelakinya.

Farah seorang chef selebriti Indonesia, terkenal melalui rancangan memasak, aktif memuatnaik berita perkembangan dirinya melalui akaun Instagram @farrahquinnofficial.

Baru-baru ini dia berkongsi imej anak lelakinya Armand Fauzan dalam akaun itu buat peminat yang setia mengikuti segala perkembangan mengenai dirinya.

Sebaik imej Armand dimuatnaik, seorang pengguna @risa_chattyn melontarkan kata-kata berupa hinaan mengenai wajah anaknya itu.

 “Idungnya (hidungnya) seperti siluman kerbau. Lebar bangeeet ! Kayak pisang yang digrepek. Nama lengkapnya Arman gumoong si siluman kerbau,” tulisnya.

 

Selfie bomb 🐻😹 @indulgencemontana #airbrush #makeup #indulgencemontana #bozeman #MT 💄🇺🇸

A photo posted by Farah Quinn (@farahquinnofficial) on

Komen itu menyebabkan Farah berang dan terus membalas hinaan itu dengan memuatnaik salinan skrin berkenaan yang mengutuk bentuk hidung Armand sambil membalas: “Memang kita semua punya hak untuk berpendapat, but seriously , di bulan puasa bisa keluar kata-kata seperti ini?! #speechless #sick.

Farah juga turut menyiarkan nama pemilik akaun rissa_chattyn yang telah mengubah nama akaunnya kepada chachachakadut.

Bagaimanapun, pemilik kepada kedua-dua akaun terbabit menafikan komen itu dibuat oleh mereka. Sebaliknya mereka mendakwa ada individu tertentu menyalahgunakan profil berkenaan.

Apabila disemak semula, kedua-dua akaun itu sudah tidak boleh diakses.