Tiada lagi dendangan lagu Neil Young di Internet
Bukan sahaja peminat, penyanyi juga nampaknya tidak selesa dengan kualiti lagu dendangan mereka yang didengar secara strim di Internet.
Sebagai tanda protes, legenda rock terkenal asal Kanada Neil Young tampil menyuarakan perkara itu dan tidak mahu lagi lagunya terlibat dimainkan secara itu.
“Saya tidak mahu muzik saya direndahkan nilai dengan kualiti paling buruk dalam sejarah penyiaran atau sebarang bentuk lain pengedaran,” katanya di Facebook.
“Saya tidak rasa betul jual cara ini kepada peminat. I buruk untuk muzik.
“Pada saya, semua ini tentang buat dan edarkan muzik untuk orang ramai supaya mereka benar-benar boleh dengar dan rasa,” katanya.
ABC News juga melaporkan tindakan itu bukan kerana masalah pembayaran royalti untuk pembelian di atas talian.
Young, 69, antara bintang rock amat terkenal pada era 60-an dan 70-an bersama kumpulan Buffalo Springfield, Crazy Horse and Crosby, Stills, Nash dan Young.
Beliau kemudian memulakan karier solo dengan album seperti Harvest dan Rust Never Sleeps.
Young antara artis yang sudah lama mengeluh berhubung kualiti audio digital.

