Cinta Merah Biru D'funder untuk JDT
Nama skuad bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) memang diakui naik menjulang sejak kebelakangan ini.
Lantas peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh lima remaja yang menganggotai band D’funder untuk menghasilkan lagu khas untuk pasukan itu.
Diberi judul Cinta Merah Biru, lagu berkenaan dicipta oleh A’an Arshad yang juga pemuzik kumpulan Angelika.
Vokalis D’funder, Mimie berkata, lagu berkenaan dihasilkan khusus untuk pasukan bola sepak JDT bagi memupuk semangat cintakan pasukan itu di dalam jiwa rakyat Johor.
Selain Mimie, 20, D’funder dianggotai tiga gadis lain iaitu Ayang, 21, yang bermain dram, Lisa, 16, sebagai gitaris dan Iqeen, 17, bermain bass.
Dihubungi Malaysiakini , Mimie berkata, antara pemain JDT yang mereka sangat minati ialah Safiq Rahim.
D’funder ditubuhkan pada 2012.
Sementara itu A'an bukanlah terlalu asing dalam menghasilkan lagu untuk pasukan bola sepak.
Sebelum mencipta Cinta Merah Biru, dia juga pernah menghasilkan Ayuh Gergasiku khusus untuk kumpulan Kelab Peminat Bola Selangor (SSFC).

