Selepas siri ‘drama’ perang antara Nicki Minaj dan Taylor Swift, akhirnya penyanyi yang terkenal dengan lagu Love Story itu membuat permohonan maaf menerusi akaun Twitter.

 

Taylor menjelaskan: “Saya menganggap nama saya yang disebut. Saya salah faham dan salah cakap. Saya minta maaf Nicki.”

 

Sebelum ini Nicki merungut dalam Twitternya mengenai isu perkauman membabitkan pencalonan Anugerah Muzik Video 2015 MTV – bagi klip video lagu terbarunya Anaconda dan Feeling Myself - yang tidak mendapat pengiktirafan.

 

Penyanyi rap AS berusia 32 tahun itu menulis dalam Twitter, klip video lagunya diketepikan juri kerana ada penyanyi wanita berkulit putih.

 

Bagaimanapun, dalam catatan itu, Nicki ( gambar ) tidak pula memetik nama sesiapa secara khusus.

 

MTV mencalonkan Taylor yang bergandingan dengan Kendrick Lamar dalam lagu Bad Blood untuk bersaing dengan Mark Ronson dan Bruno Mars ( Uptown Funk ), Beyonce ( 7/11 ), Ed Sheeran ( Thinking Out Loud ) dan Kendrick Lamar ( Alright ) untuk kategori video terbaik.

 

Pencalonan itu sekaligus mengetepikan Anaconda walaupun ia terpilih dalam kategori Video Wanita Terbaik dan Video Hip-hop Terbaik manakala Feeling Myself yang bergandingan dengan Beyonce tidak dicalonkan untuk sebarang anugerah.

 

Akibat tidak puas hati dengan industri dikatakan mengamalkan perkauman, Nicki menggunakan Twitter untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Nicki percaya kedua-dua klip video itu layak dicalonkan di bawah kategori Video Terbaik dan Koreografi Terbaik.

 

Isu itu menjadi trending dalam Twitter hingga ia disebut sekurang-kurangnya 43 juta kali.

 

Menanggapi permohonan maaf Taylor, Nicky berkata: “Ini amat bermakna Taylor, terima kasih. Saya sentiasa menyukainya. Semua orang buat kesilapan. Saya lebih menghormati. Mari lupakan perkara ini."