Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Diadaptasi dari Komik Marvel, filem reboot ini mengulang versi Fantastic Four yang pernah dibikin tahun terdahulu tanpa benar-benar memperbaikinya.

Pengarah Joshua yang turut menulis skrip dengan Simon Kinberg dan Jeremy Slater menggunakan karakter lebih muda dan jalan cerita juga dilihat lebih serius berbanding filem Fantastic Four tahun 2005.

Daripada segi kesan efek CGI, ia memang lebih memberi kepuasan kepada penonton untuk terus terpaku di kerusi dan membuat mereka berasa seolah berada di tempat kejadian.

Filem aksi, cabaran dan sains fiksyen keluaran 20 th Century Fox yang datang selepas lapan tahun daripada keluaran pertama dan sekuelnya, lebih menumpukan bagaimana karakter budak geek dalam sains yang berusaha untuk menghasilkan peralatan yang mampu merentas masa dalam garaj hingga dia membesar sebelum ditemui oleh Dr Storm di pameran sains sekolah tujuh tahun kemudian.

Cereka ini tidak mempamerkan banyak aksi pada awalnya kerana hampir semua kehebatan karakter disimpulkan dalam masa beberapa minit saja dalam beberapa babak selepas kejadian di Institut Baxter.

Klimaks filem pada pengakhiran cerita sudah dijangka dan basi, malah filem ini tidak sekreatif yang diharapkan, namun lakonan keempat-empat hero wajar dipuji.

Sinopsis

Filem Fantastic Four 2015 menceritakan empat orang saintis muda di bawah seliaan Dr Frankly Storm yang cuba mewujudkan satu mesin teleport atau merentas masa dengan harapan ia dapat menyelamatkan dunia.

Akibat keterujaan mesin ciptaan dapat mengembara ke planet baru, Reed Richards lakonan Mies Teller, Johnny Storm (Michael B Jodan), dan Ben Grimm (Jamie Bell) membuat keputusan yang merubah kehidupan mereka selamanya.

Namun, keputusan yang diambil oleh Richards malam itu mengecualikan  Susan Storm (Kate Mara) daripada turut serta. Sebagai menggantikan tempat Susan, Grimm mengajak rakan karibnya sejak di gred 5, Grimm.

Bagaimanapun, ekspedisi mereka berempat untuk menanda lokasi dengan bendera sebagai tanda kenangan tidak diketahui oleh Dr Storm.

Akibatnya, mereka ditimpa kecelakaan dan ‘disumpah’ menjadi manusia luar biasa selepas terkena radiasi kosmik.

Karya yang diadaptasi daripada Komik Marvel Amerika Syarikat itu mempamerkan gabungan empat sekawan yang mempunyai kuasa luar biasa hebat sebagai super hero untuk menumpaskan Dr Victor Doom atau Dr Doom daripada menghancurkan dunia.

Lihat Komen
ADS