Salma Hayek kembali dengan 'Sang Nabi'
Walaupun berasa dirinya kurang dipeduli dan tak diperlukan lagi, namun Salma Hayek tidak peduli.
Memang kelibat Salma jarang-jarang dilihat menghiasi majlis glamor seperti pernah dilaluinya suatu ketika dulu.
Namun ia bukan bermakna jadual hidupnya kini menjadi lebih senggang, sebaliknya aktres kelahiran Mexico itu tetap sibuk.
Terbaru, projek Salma ialah menerbit - dan menggunakan suaranya - untuk filem animasi yang diambil daripada karya penulis Lubnan, Kahlil Gibran, pada 1923, The Prophet.
The Prophet
merupakan karya penting Gibran yang diterjemah ke pelbagai bahasa dunia.Di Malaysia, selain bahasa Inggeris, versi bahasa Indonesia yang menggunakan judul “Sang Nabi” turut diedar meluas.
Kata Salma, antara sumber inspirasinya menghasilkan filem animasi itu ialah anak perempuannya, Valentina Pinault, 7.
"Ia begitu bermakna, penuh inspirasi. Ia menghargai kanak-kanak," katanya.
Mengenai jadual hidupnya sebagai selebriti Salma berkata, dia masih dijemput ke majlis anugerah dan menerima penghargaan dari pelbagai pihak.
Tiada lagi botox
Namun ia bukanlah disebabkan kemunculannya dalam filem, sebaliknya sumbangan melalui kerja amal kemanusiaan.
"Filem baru saya juga banyak dan akan ditayangkan nanti.
"Pada waktu lapang suami (bilionair Perancis, Francois-Henri Pinault) membawa saya ke merata tempat," katanya.
Bakal berusia 49 tahun pada bulan depan, pelakon filem Frida itu berkata, ia bukanlah suatu masalah.
"Tiada botox lagi, seperti yang anda boleh lihat sendiri," kata Salma mengenai badannya.
Berusia semakin lanjut dan mengalami perubahan fizikal, bagi Salma, satu-satunya yang mencabar bagi wanita berusia 40-an ialah tiada anak.
"Lelaki pada hari ini pula teruk kerana apabila anda berusia 40-an, mereka mula menjauh," katanya.

