Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
14 tahun menanti, Rangga pulang ke pangkuan Cinta
Diterbitkan:  Aug 10, 2015 12:52 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Masih ingatkah detik Rangga terbang ke New York dan meninggalkan Cinta di Jakarta pada 14 tahun lalu?

Tanpa penamat yang tuntas, kini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) mungkin boleh mengubat rindu masing-masing apabila sambungannya disiapkan tidak lama lagi.

AADC2 akan diarahkan Rudi Soedjarwo dan diterbitkan secara bersama oleh Mira Lesmana dan Riri Riza.

Media dari seberang melaporkan dalam AADC2 nanti dua pelakon utamanya - Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo - akan digandingkan sekali lagi.

Mira dan Riri mengesahkan perkara itu kekita ditemui media semalam.

Mira berkata, latar kisah AADC 2 nanti adalah zaman selepas sekolah menengah Rangga dan Cinta.

"Wataknya sudah lulus SMA (sekolah menengah) dan memiliki kerjaya sendiri, namun mereka ingin kembali memakai seragam sekolah.

"Seperti ada kerinduan untuk kembali menjadi anak-anak.

"Paling utama, kami tekankan aspek persahabatan," katanya.

Sementara itu, Riri berkata, AADC2 akan menggambarkan situasi zaman sekarang dengan tidak mengabaikan kesinambungan AADC.

Disebabkan babak terakhir AADC dulu memaparkan detik Rangga ke New York, penggambaran sambungan filem itu nanti akan dibuat di kota raya berkenaan.

"Kita buat penggambaran di New York," kata Riri.

Selain New York, satu lagi lokasi menarik yang akan menjadi tumpuan penggambaran AADC 2 ialah Yogyakarta.

"Kerana ada banyak perkembangan menarik dan terbaru, jadi kita ada tiga memilih tiga lokasi termasuk Jakarta.

"Kami sudah melawat New York bulan lalu. Yang pasti New York dan Yogjakarta menjanjikan suasana yang begitu terkesan dalam AADC 2," katanya.

Dijangkakan filem yang sentiasa dinanti peminat ini akan memulakan penggambaran pada Oktober ini.

Lihat Komen
ADS