Setahun selepas menjadi isteri pengarah filem Aditya Chopra, kini Rani Mukerji dikatakan sedang berdebar-debar menanti kelahiran anak sulung mereka.
Berbanding selebriti lain di Bollywood, Rani adalah sebahagian artis yang jarang dihimpit kontroversi.
Tambahan pula, suaminya - pemilik Studio Yash Raj itu - memang jarang muncul di khalayak ramai.
Pendek kata, Rani dan Aditya lebih selesa tidak menjadi tumpuan media walaupun mereka satu antara pasangan berprofil tinggi.
Hubungan cinta Rani dan Aditya juga tidak pernah dihidu oleh media hingga mereka berkahwin secara senyap-senyap di Itali pada 21 April 2014.
Setahun selepas perkahwinan itu, muncul pula spekulasi yang menyatakan aktres itu kini sedang hamil beberapa bulan.
Berita itu dedahkan kepada umum ketika Rani dilihat melancong di London baru-baru ini.
Bagaimanapun, setakat ini jurucakap Rani belum membuat kenyataan berhubung perkara itu.
Rani mula popular selepas membawa watak pelakon pembantu dalam filem romantik Kuch Kuch Hota Hai pada 1998 bersama Shah Rukh Khan and Kajol.
