Flea Red Hot Chilli Peppers tayang 'kekasih' baru
Cinta pemain gitar bass Red Hot Chilli Peppers, Flea, kini dilaporkan beralih arah.
Selain meneruskan hidup sebagai pemuzik, Flea kini leka membelai ribuan serangga di belakang rumahnya,
Semua usaha itu dilakukan Flea kerana keghairahannya terhadap lebah yang dilaporkan mulai pupus.
Justru Flea kini mengabdikan diri menternak kira-kira 200,000 lebah di belakang rumahnya.
Sebagai bukti Flea bekerja sepenuh hati untuk ‘hobi’ baru itu, dia sering memuat naik gambarnya memakai sut pembiak lebah dalam akaun Instagram Sllollaryee.
“Saya bakal sibuk dengan lebah kesayangan,” tulisnya pada Jun lalu.
Menurut laman web TMZ , bahagian belakang rumah pemuzik itu kini menjadi kediaman lebih 60,000 jenis lebah.
Kebimbangan Flea terhadap alam sekitar juga memberi ilham kepadanya untuk menubuhkan pusat penternakan lebah – Flea’s Bees.
Kedudukan dan populasi lebah merudum dan membimbangkan selama beberapa dekad sejak kebelakangan ini.
Deep to the hive super organism. I love my bees. Flea's bees
A photo posted by @sllollaryee on
Penyusutan itu - dinamakan Colony Collapse Disorder - menjadi ancaman dalam sistem rantai makanan yang bergantung pada serangga untuk melakukan pendebungaan tumbuhan.
Keprihatinan Flea terhadap alam sekitar dijangka akan menarik lebih banyak perhatian umum apabila dia membuat persembahan konsert Pathway to Paris di Le Trianon, Paris pada 4 Disember nanti.
Konsert itu bakal menyaksikan artis hebat seperti Thom Yorke, Patti Smith dan Dhani Harrison beraksi di atas pentas sama.
Pathway to Paris diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perubahan iklim, diadakan serentak dengan Persidangan Iklim PBB mulai 30 November hingga 11 Disember di Paris.

