Pelakon veteran Karim Latiff menghembus nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Karim, 78, dirawat di hospital berkenaan kerana menghidap barah.
Penyakitnya dikesan apabila doktor mendapati ada ketumbuhan pada badannya sebelum ini.
Media melaporkan, allahyarham dimasukkan ke HKL sejak minggu lalu apabila mengalami masalah pernafasan.
Jenazah dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Pasir Hulu Klang sebelum dikebumikan.
Beliau pernah berlakon bersama allahyarham Tan Sri P Ramlee dan antara filem yang menampilkan bakat Karim ialah Anak Bapak, Ahmad Albab, Gerimis dan Do Re Mi.
Karim meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
