Aishah 'teringin lambung mikrofon'
Dalam nada bergurau, penyanyi Janji Manismu berkata, dia dan rakan seperjuangan Ramlah Ram ingin mencuba aksi akrobatik dengan mikrofon ketika mengadakan persembahan pentas.
Aishah yang kini aktif dalam kumpulan Gerakan Harapan Baru mengadakan persembahan tertutup bersama Ramlah di sebuah hotel di Kuala Lumpur siang tadi.
Kata Aishah, dia sudah lama tidak bertemu dengan Ramlah - penyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu .
Dalam pertemuan itu, mereka berborak mengenai pelbagai perkara, namun yang paling melucukan, kata Aishah, ialah jenaka "emak kau hijau" dan tentang seorang penyanyi yang gemar melambung-lambungkan mikrofon.
"Nak juga bertanya sama ada memang mic tu terlambung atau memang dia nak buat acrobatic dgn microphonenya ...nak juga kami try sama hehehe," tulisnya di Facebook malam ini.
Hari ini klip video Ziana Zain terlepas mikrofon ketika menyanyi menjadi viral.
Ziana ketika itu dilaporkan sedang mengadakan persembahan sempena kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 Ahad lalu.
Portal mStar melaporkan Ziana berkata insiden berkenaan berlaku kerana tangannya licin disebabkan losyen.
Dia juga menyifatkan kejadian itu sebagai "drama lucu" dalam kerjayanya sebagai penghibur.
Aishah menyatakan kebiasaannya pembekal sistem bunyi memang tidak gemar apabila artis melambung-lambungkan mikrofon.
Sekian lama tak bertemu teman seperjuangan Ramlah Ram yg suaranya masih menyengat, pecah speaker high pitchnya hihihi...
Posted by Wan Aishah Wan Ariffin on Tuesday, August 18, 2015

