Sudah rasmi Datuk Siti Nurhaliza bakal berbesan dengan orang Palembang.

Semalam rombongan keluarga Siti dan suami Datuk Khalid Mohammed Jiwa berada di bandar itu untuk memincang Tya Arifin bagi pihak anak mereka, Asyraf.

Tya adalah akres siri televisyen Preman Pensiun dan pasangan itu berkenalan sejak 2013.

Media tempatan melaporkan, rombongan meminang tiba di rumah Tya di Bukit Permai semalam.

Memetik kenyataan Asyraf, anak tiri Siti itu berkata dia yakin Tya adalah wanita paling yang ideal untuk melahir dan membesarkan anak-anaknya kelak.

Belum nikah kena konon konon malu malu sikit. Hehe.

A photo posted by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on

Tya, 20, juga dianggap Asyraf mempunyai prinsip hidup yang kuat.

Sementara itu Tya yang ditanyakan sama ada bersedia menerima lamaran Asyraf sempat berdebar seketika sebelum ketawa.

"Saya sedia, insya-Allah," katanya.

Sementara itu Asyraf berkata, dia memerlukan seorang wanita yang ada pegangan kuat untuk menjadi isterinya.

"Tya juga wanita cantik," kata Asyraf.

Mengenai tarikh pernikahan mereka, Asyraf berkata, ia masih dirahsiakan.

"Mungkin akhir tahun ini," katanya.

Menyambung silaturrahim di Palembang.. @tyaarifinnw @fitriarifinfw @zainimj @teezac @amyzainal @zaitonmj @asyrafkhalid

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti juga sempat 'menghadiahkan' keluarga bakal besannya itu dengan dua lagu, Cindai serta Janji selepas acara meminang itu selesai.

Alhamdullillah..acara istimewa selesai sudah & sempat hadiahkan keluarga Palembang lagu cindai & janji ☺️😊😍 @tyaarifinnw @asyrafkhalid

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on