Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kanye West jadi Presiden AS?
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 5:15 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Penyanyi rap terkenal Kanye West mengejutkan orang ramai apabila mengisytiharkan dia mahu bertanding dalam pilihan raya Presiden AS pada 2020.

“Saya bercadang mahu bertanding sebagai presiden untuk tahun 2020,” katanya.

Kenyataan suami selebriti jelita Kim Kardashian itu mencetuskan suasana riuh selepas dia diberi mikrofon untuk menyampaikan upacara di majlis Anugerah Video Muzik MTV yang berlangsung Ahad lalu.

West yang dipanggil ke pentas sebelum itu diberi Anugerah Pencapaian Seumur Hidup sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam industri hiburan AS.

Selepas diberikan mikrofon untuk berucap, West terus mendedahkan hasratnya itu.

“Saya akan berkorban kerana seni dan apa yang saya yakini.

“Saya tidak akan sentiasa sopan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan West itu tidak dapat disahkan sama ada serius atau pun tidak kerana sebelum itu dia mendakwa ada mengambil dadah, lapor News Beat BBC.

Lihat Komen
ADS