Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27 di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
Daripada 13 pencalonan, filem terbitan Everything Films Sdn Bhd itu turut mendominasi tiga kategori lain iaitu Pengarah Terbaik (Liew Seng Tat), Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Raykarl Iskandar) dan Anugerah Cerita Asal Terbaik (Liew Seng Tat).
Acara penutup tirai yang mengangkat filem terhebat dari tahun 2014 itu mempertandingkan 20 kategori yang kebanyakannya dimenangi oleh pendatang baru dalam industri perfileman tanah air.
Berikut adalah senarai pemenang FFM ke-27
- Filem Box Office – The Journey
- Penyunting Terbaik – Adilan Azemi ( Dollah Superstar )
- Senimatografi Terbaik – Erik Yong ( The Journey )
- Pelakon Kanak-kanak terbaik – Raykarl Iskandar ( Lelaki Harapan Dunia )
- Cerita Asal Terbaik – Liew Seng Tat ( Lelaki Harapan Dunia )
- Lakon Layar Terbaik – Mamat Khalid ( Amir & Loqman Pergi ke Laut )
- Pengarah Harapan – Raja Mukhriz ( Ophilia )
- Pelakon Harapan Wanita – Dawn Cheong ( Cuak )
- Pelakon Harapan Lelaki – Kodi Rasheed ( Ophilia )
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nadiya Nissa ( Terbaik Dari Langit )
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Amirul Afendi ( Terbaik Dari Langit )
- Karyawan Sepanjang Zaman – Othman Hafsham
- Anugerah Khas Juri – The Great Lion
- Anugerah Khas Juri – Amir & Loqman Pergi ke Laut
- Anugerah Khas Juri – Terbaik dari Langit
- Pelakon Wanita Terbaik – Fazura ( Manisnya Cinta di Cappadocia )
- Pelakon Lelaki Terbaik – Lee Sai Peng ( The Journey )
- Filem Bukan di dalam Bahasa Melayu – Astro Shaw ( The Journey )
- Pengarah Terbaik – Liew Seng Tat ( Lelaki Harapan Dunia )
- Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Senarai 10 pemenang pada malam perasmian FFM 27 pada 2 September lalu:
- Filem Animasi Cereka Terbaik: Ribbit – KRU International Sdn Bhd
- Filem Animasi Bersiri Terbaik: Rimba Racer – Glue Studio Sdn Bhd
- Kesan Khas Terbaik: Seventh – Mirage Works
- Anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik: Elaine Ng & Wing Shum – Hungry Ghost Ritual
- Lagu Tema Asal Terbaik: Yuna/Lautan – Lagenda Budak Setan 3
- Penataan Bunyi Terbaik: Winson Poon – Hungary Ghost
- Penataan Seni Terbaik: Tunku Mohd Taufek/ Tunku Tommy Mansur – Lelaki Harapan Dunia
- Filem Pendek Terbaik: Cho We Jun – Salvaj
- Skor Muzik Asal Terbaik: Oii Su Lyn & Teoh Eng Hooi – Manisnya Cinta Di Cappadocia
- Penggiat Belakang Tabir: Mariam Ibrahim
