Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Vokalis Iron Maiden kesal tak tumbuk Axl Rose
Diterbitkan:  Sep 8, 2015 12:24 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Bruce Dickinson bukanlah artis yang diketahui ganas atau baran, namun berdepan dengan Axl Rose, ada sesuatu yang terbuku dihatinya.

Pada 1988 Dickinson mengaku dia terkilan kerana tidak menumbuk muka vokalis Gun N' Roses. Puncanya, Axl Rose dianggap biadab di depan peminat Iron Maiden.

Kata penyanyi Iron Maiden itu, dia sepatutnya naik ke pentas ketika Axl Rose berinteraksi dengan peminat mereka di Quebec City, Kanada dan mendebik selebriti berkenaan.

"Alangkah beraninya dia bercakap begitu dengan peminat Iron Maiden? Saya sentiasa menyesal kerana tidak bertindak segera dan menumbul Axl Rose," katanya.

Dickinson meluahkan kemarahannya ketika ditemubual akhbar tabloid harian Kanada, Le Journal De Montreal .

Sekali ganda lebih besar

Pada 1988 Iron Maiden mengadakan persembahan di Quebec City dan Gun N Roses dijemput sebagai pemuzik penghangat suasana.

Bagaimanapun Axl Rose didakwa memperlekehkan penonton yang bercakap menggunakan bahasa Perancis dengannya.

Selain bahasa Inggeris, bahasa Perancis adalah bahasa rasmi di Kanada.

Ternyata kelakukan Axl Rose cukup biadab di mata Dickinson sehinggakan dia yang dikenali sebagai artis sering merendah diri, hilang sabar.

Sementara itu sempena pelancaran album terbaru Iron Maiden, The Book of Souls , kumpulan heavy metal itu akan mengadakan konsert di seluruh dunia mulai tahun depan.

Uniknya, pada setiap perjalanan itu Dickinson akan menjadi juruterbang pesawat udara Boeing 747-400 yang menjadi pengangkutan rasmi mereka.

Secara keseluruhan Dickinson akan mengendalikan pesawat udara berkenaan sejauh 88,500 kilometer.

Dickinson memang memiliki lesen sebagai juruterbang.

Boeing 747-400 adalah sekali ganda lebih besar berbanding kapal terbang yang mereka gunakan dalam siri jelajah sebelum ini (pada 2008, 2009 dan 2011), iaitu Boeing 757.

Konsert The Book of Souls dimulai di AS pada Februari, diikuti Mexico, El Salvador, Costa Rica, Argentina, Chile, Brazil dan Canada.

Pada April ia adakan diadakan di Jepun, China dan New Zealand, Afrika Selatan dan berakhir di Eropah pada Ogos 2016.

Lihat Komen
ADS