Populariti Datuk Siti Nurhaliza Taruddin nampaknya tidak mengenal sempadan usia.

Satu klip video ditweet Universal Music Malaysia misalnya, membuktikan lagu Siti Nurhaliza turut 'menusuk' jiwa kanak-kanak.

Melalui klip sepanjang 15 saat itu, kanak-kanak terbabit dilihat bersungguh-sungguh menyanyikan Terbaik Bagimu - dipercayai mengiringi lagu dipasang dalam sebuah kereta.

Tweet berkenaan kemudian diulang siar oleh Siti Nurhaliza melalui Twitter hari ini.

Lagu Terbaik Bagimu nyanyian Siti diterbitkan pada 2014 dalam album Fragmen.

Terbaik Bagimu dicipta oleh Ade Govinda, manakala lirik ditulis oleh Ade dan Jeje Govinda.

Comelnye.. adik nyanyi lagu Terbaik Bagimu @ctnurhaliza11 he2.. by @leezaramzi Makan nak, menyanyi nak #AisyHfiyHash pic.twitter.com/KzPEQwiQ6x

— Universal Music MY (@UMDomestic) September 8, 2015