Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
The Blue Jeans singkap kenangan silam
Diterbitkan:  Sep 9, 2015 6:17 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Berkonsepkan satu malam satu kumpulan, konsert The Blue Jeans akan diadakan bagi untuk mengembalikan nostalgia muzik era 1970-an, 1980-an dan 1990-an.

The Blue Jeans Concert yang akan diadakan di Panggung Sari Istana Budaya pada 23 hingga 25 Oktober depan akan menampilkan kumpulan Exist, May dan Blues Gang.

Kumpulan Exist yang popular dengan lagu Jesnita itu menampilkan vokalisnya, Ezad serta ahli kumpulannya yang lain - Musa, Ujang, Shah dan Along. Mereka akan membuat persembahan pada 23 Oktober.

Pada 24 Oktober pula, kumpulan May yang berusia hampir 30 tahun dan popular dengan lagu Cintamu Mekar Dihati itu akan membuat persembahan.

Bagi penutup tirai konsert, Blues Gang diberi penghormatan untuk melakukan persembahan pada 25 Oktober.

Kumpulan yang ditubuhkan sekitar 1973 dan popular dengan lagu Apo Nak Dikato akan dibarisi oleh Ito Mohd selaku vokalis dan pemain harmonika, Julian Mokhtar (gitar utama), Ghani (gitar kedua/keyboard), Jim Kandasamy (bass/vokal) dan Shaik Karim (dram/vokal).

Kali terakhir Blues Gang muncul dalam konsert besar adalah menerusi Konsert Raksasa 2 bersama Sweet Charity pada Oktober 2011 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert ini diterbitkan oleh Bombbay Worldwide dan menampilkan Zambre Shaari atau Bombbay sebagai pengarah konsert.

The Blue Jeans Concert menawarkan harga tiket bermula dari RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250. Untuk tempahan, sila layari www.ticket2u.biz

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03-4147 8600 atau 019 2111600.

Lihat Komen
ADS