Bon Jovi yang sepatutnya mengadakan persembahan di Shanghai dan Beijing, China minggu depan membatalkan kemunculan mereka "atas sebab luar jangka".

Tanpa memberikan butiran lanjut, penganjur AEG Live Asia berkata peminat yang sudah membeli tiket konsert berkenaan boleh mendapatkan semula wang masing-masing.

AEG juga meminta maaf atas kekecewaan dan kerumitan dialami peminat Bon Jovi.

See Jon sing the classic Chinese song The Moon Represents My Heart, to celebrate Valentine's Day in China! http://t.co/IgHqG3viRa

— Bon Jovi (@BonJovi) August 20, 2015

Kumpulan rock itu sepatutnya mengadakan persembahan di Shanghai pada 14 September diikuti Beijing pada 17 September.

Di sebalik pembatalan saat akhir itu, Financial Times melaporkan ia dibuat apabila Kementerian Kebudayaan China mendapati Bon Jovi memaparkan gambar Dalai Lama dalam klip video mengiringi konsert mereka di Taiwan pada 2010.

Sensitif sangat

Kerajaan China memang sangat sensitif kepada mana-mana pihak luar yang memberikan sokongan kepada pemimpin Tibet dalam buangan itu.

Beijing menganggap Dalam Lama sebagai pejuang pemisah.

Pembatalan itu mencetuskan kemarahan peminat kerana sesetengah mereka sudah membeli tiket kapal terbang untuk menyaksikan konsert Bon Jovi.

Bagaimanapun bukan Bon Jovi saja yang membuat pembatalan konsert.

Satu lagi band rock The Who turut membuat pembatalan - yang tiada kena mengena dengan Bon Jovi.

Mengumumkan keputusan itu pengurusan The Who terpaksa menangguhkan konsert berkenaan apabila penyanyi mereka, Roger Daltrey ( gambar ), 71, dijangkiti virus.

The Who adalah kumpulan rock England yang ditubuhkan seawal 1964. Anggota asal kumpulan itu ialajh Daltrey, Pete Townshend (gitar utama), John Entwistle (bass) dan Keith Moon (dram).

Kenyataan dikeluarkan pengurusan The Who memberitahu, Daltrey memerlukan masa sewajarnya untuk sembuh daripada jangkitan virus yang tidak diketahui itu.

Siri konsert jelajah The Who Hits 50! itu sepatutnya dimulakan di San Diego pada 14 September, sebelum di Anaheim (16 September), Las Vegas (19 September) dan Los Angeles (21 September).