Bono pun tersentuh derita Aylan Kurdi
Di depan ribuan penonton dan pengagum U2, Bono memberitahu bahawa semua pihak "mesti bekerjasama" untuk mencari penyelesaian kepada krisis pelarian global.
Merendah diri dan mengakui dia sendiri tidak mempunyai jawapan pasti, penyanyi U2 itu menyatakan isu pelarian dari Timur Tengah dan Afrika menunju Eropah masih berlanjutan tanpa penyelesaian.
Mengenai gambar kanak-kanak berusia dua tahun yang tertiarap kaku di pasir pantai Turki baru-baru ini Bono memberi dedikasi kepada Aylan Kurdi - budak itu - dengan mengubah suai sebahagian lirik lagunya.
Melalui lagu Pride (In the Name of Love) Bono menyesuaikan lirik daripada " One man washed up on an empty beach " kepada " One boy washed up on an empty beach ".
Pada satu ketika konsert U2 itu turut memaparkan imej keadaan daif pelarian pada skrin yang menghiasi persembahan di Turin itu.
Kata Bono, apabila menonton berita seseorang boleh menjadi begitu jahat atau penyayang .
"Saya tak tahu apa jawapan kepada krisis pelarian di Eropah dan Afrika tetapi kita mesti bekerjasama mencarai penyelesaiannya.
"Seperti diucapkan Nelson Mandela, sesuatu itu kelihatan mustahil sehingga ia berjaya dilakukan," katanya.
Bono juga bertanya kepada penonton: "Apakah yang kamu mahukan? Sebuah Eropah yang memiliki hati dan sempadan yang ditutup kepada ihsan, atau Eropah yang memiliki nurani terbuka?"

