Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Taylor Swift disaman deejay 'peraba punggung'
Diterbitkan:  Sep 15, 2015 11:59 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Seorang deejay yang diarahkan beredar dari konsert Taylor Swift kerana dituduh meraba punggung artis berkenaan, memfailkan saman terhadap penyanyi itu selepas dia dipecat majikannya.

Kejadian bermula apabila David Mueller dan teman wanitanya dijemput ke belakang pentas untuk sesi suai kenal dengan Taylor.

Di situlah insiden meraba punggung dilaporkan berlaku, tetapi Muller mendakwa dia tidak melakukan kesalahan berkenaan.

Sebaliknya, kata Muller, ia dilakukan seorang rakan kolejnya yang kebetulan terserempak di belakang pentas.

Dalam tuntutan mahkamah terhadap Taylor, deejay itu mendakwa seorang pengawal keselamatan berusia 25 tahun menghalaunya keluar disebabkan perbuatan yang tidak dilakukan.

Disebabkan kejadian memalukan itu, deejay berkenaan digelar "lelaki menakutkan yang meraba punggung Taylor".

Insiden itu turut menjejaskan sumber pendapatan Mueller apabila dia dipecat dari kerjayanya sebagai deejay di stesen radio di Denver, Colorado.

Muller memfailkan saman kerana menganggap ia adalah kesalahan undang-undang dan Taylor bertanggungjawab ke atas semua yang berlaku.

Namun sehingga kini, artis itu tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kes saman berkenaan.

Lihat Komen
ADS