Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lisa, Yusri timang cahaya mata
Diterbitkan:  Sep 16, 2015 11:38 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Pasangan sejoli Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim menimang anak kelahiran sulung mereka pada jam 11.44 malam tadi.

Lisa selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun berkahwin.

Ia adalah perkahwinan pertama buat Lisa, 29, manakala rumahtangga kedua buat Yusri, 42, selepas berpisah dengan pelakon Erra Fazira.

Yusri dan Erra menjadi suami isteri antara 2003 hingga 2006.

Lisa yang membintangi filem Dendam Orang Mati dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-27 baru-baru ini.

Yusri pula salah seorang anggota kumpulan pop KRU pada 1990-an dan kini meneruskan kariernya sebagai pengarah dan penerbit.

Antara filem arahan dan terbitan beliau adalah Cicakman 2, Cicakman 3 dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Mereka diijabkabulkan pada 23 Februari 2012 di majlis gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas setahun menyulam cinta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS