Peminat dunia hiburan di lima negeri berpeluang bergembira dengan program Jelajah Warner Music Malaysia dengan kerjasama syarikat Taiwan, KKBox, bermula esok.

Program jelajah itu diadakan untuk memberikan pengalaman muzik dalam talian kepada pengguna, selain memberi peluang lebih luas kepada artis tempatan untuk melebarkan langkah lebih jauh melalui inovasi teknologi.

KKBox adalah aplikasi siaran muzik secara langsung terkemuka di Asia dan ditubuhkan pada 2004.

Ada jutaan lagu tanpa dari KKBox boleh dimuat turun menerusi komputer atau telefon pintar.

Dalam kenyataan dikeluarkan Warner Music, sebanyak 10 artis akan membuat persembahan di lapan lokasi berbeza membabitkan kompleks beli-belah dan universiti.

Artis yang terbabit dengan program itu adalah Awi Rafael, Ayai Illusi, Didi Astillah, Kaka Azraff, Aril, Payslip, Juzzthin, Faizul Sany, Fahmie Ismail, Raja Syahiran dan juga Azmir Arif.

Beirkut adalah jadual Jelajah Warner Music 2015 itu:

  • 19 Sept: Taiping Central Mall, Taiping Perak
  • 20 Sept: Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah
  • 27 Sept: Palm Mall, Seremban Negeri Sembilan
  • 4 Okt: Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor
  • 8 Okt: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak
  • 10 Okt: Danga City Mall, Johor Bahru Johor
  • 21 Okt: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • 25 Okt: Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak