Pasangan pelakon sensasi Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan menghadiri sesi kaunseling dengan pakar mengenai anak perempuan mereka yang disyaki mengalami masalah kekeliruan jantina.

Disebabkan kebimbangan terhadap personaliti Shiloh, Angelina dan Pitt bertemu pakar berkenaan bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik.

Anak perempuan yang baru berusia sembilan tahun itu adalah zuriat kandung pertama Angelina dan Pitt sebelum diikuti kelahiran Knox Leon dan Vivienne Marcheline - pasangan kembar berusia tujuh tahun.

Selain mereka, Pitt dan Angelina membesarkan tiga anak angkat iaitu Maddox Chivan, Zahara Marley dan Pax Thien.

Media melaporkan ketika ini Shiloh gemar berpakaian lelaki dan sering menyatakan hasratnya mahu menjadi lelaki.

Dalam temubual dengan Oprah Winfrey pada 2008, Pitt pernah memberitahu yang anak perempuannya itu mahu dipanggil sebagai John.

Angelina pula memberitahu Vanity Fair pada 2010, Shiloh mahu menjadi lelaki malah dia “berangan” seperti seorang daripada adik-beradik lelakinya yang lain.

Kebimbangan Pitt semakin menjadi-jadi apabila mengenangkan Shiloh mungkin mengadaptasi perilaku dua abangnya - Maddox, 14, dan Pax 11.

Shiloh sehingga kini berpakaian seperti lelaki dan kecenderungannya kepada fesyen begitu berlanjutan lebih enam tahun.

Tak ada salahnya

Menurut pakar, sebagai ibu bapa, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana itu adalah perkara semulajadi.

“Itu cara Shiloh, dan tiada salahnya didikan Angelina dan Pit sebagai ibu bapa,” katanya.

Pendapat pakar ini mungkin boleh melegakan pasangan itu apabila dia memberitahu Shiloh akan tetap tertarik menjadi lelaki biarpun sekiranya adik-beradiknya semua perempuan.

Bagaimanapun, Angelina, 40, dan Pitt, 51, tidak sesekali pernah melabelkan anak perempuan mereka sebagai transgender.

Namun, seorang model dan juga pelakon Amber Rose pernah menggelar Shiloh sebagai "budak transender".

Menurut sumber, Shiloh mungkin boleh menjadi tomboy dan pada zaman remajanya nanti dia mungkin juga boleh berkelakuan sebagai perempuan paling lembut.

Tambah sumber itu lagi, tidak ada jawapan yang kukuh kerana Angelina dan Pitt amat komited untuk memberikan Shiloh persekitaran keluarga yang penuh kasih sayang.

Bukan itu saja, mereka juga dilaporkan berusaha meluangkan masa dengan enam anak yang lain malah pernah membawa Shiloh bersama menghadiri beberapa lawatan.

Baru-baru ini, Shiloh mengikut Angelina ketika ibunya itu melawat kem pelarian Syria di Lubnan.