Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Luna Maya nak nikah?
Diterbitkan:  Sep 22, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Kisah romantik pelakon dan model Luna Maya dengan kekasihnya Reino Barrack sentiasa dipaparkan menerusia media.

Keadaan itu seolah-olah menandakan mereka bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Baru-baru ini media melaporkan, Luna membayangkan akan bernikah pada Mei tahun depan.

Menurut selebriti 'panas' itu lagi, majlis berkenaan akan disiarkan secara langsung melalui lima stesen televisyen.

Bagaimanapun, komen Luna itu tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak.

Ia bukan kali pertama Luna - atau nama sebenarnya Luna Maya Sugeng - dikhabarkan mahu bernikah, malah kisah itu 'bertebaran' sebanyak tiga kali.

Jadi isteri semasa 14 tahun?

Artis yang berasal dari Denpasar Bali itu dikatakan bakal disatukan tidak lama lagi apabila mereka ke AS untuk menjalani sesi mengambil gambar praperkahwinan antara Disember 2014 hingga Januari lalu.

Bagaimanapun hal itu dinafikan pelakon 30 Hari Mencari Cinta itu. Sebaliknya Luna, 32, memberitahu, lawatan ke AS itu dibuat semata-mata untuk mereka bercuti.

Sebelum ini Luna pernah dikaitkan dengan Reza Alexander Prawiro, cucu bekas Menteri Kewangan Radius Prawiro.

Gambar mesra mereka tersebar sekitar November 2012 dan ada pihak mendakwa pasangan itu sudah bernikah di Austria.

Kisah yang menjadi viral di media sosial itu membuatkan Luna amat berang.

Paling menarik, Luna didakwa pernah bernikah ketika usianya mencecah 14 tahun di Bali. Khabar angin itu tersebar semasa skandal videonya dengan seorang artis lelaki menggemparkan indusrti hiburan bukan saja di Indonesia malah seluruh dunia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS