Akhirnya selepas berteka-teki kira-kira seminggu, pelakon Lisa Surihani mengumumkan nama anak sulungnya malam tadi.

Lisa menimang cahaya mata perempuan pada 15 September lalu.

Menerusi akaun Instagram iamlisasurihani, isteri kepada Yusri Abdul Halim itu berkongsi berita berkenaan buat peminatnya.

"Syukur Alhamdulillah. Sempena menamakan anak pada hari ketujuh selepas kelahirannya 15 September bersamaan 1 Zulhijjah 1436, hari ini 22 September bersamaan 7 Zulhijjah 1436, puteri sulung kami diberi nama Yahaira Leanne," katanya.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed bernikah dengan Yusri pada 23 Februari 2013 di Putrajaya.

Majlis resepsi mereka pula diadakan pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Lisa turut memberitahu pengertian di sebalik nama puteri sulungnya itu yang membawa maksud sebaik-baik kelembutan.

Selain itu, Lisa turut menyatakan penghargaan kepada pihak yang mendoakan mereka.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan baik-baik buat kami semua," katanya.

Syukur Alhamdulillah , sempena menamakan anak pada hari yang ke-7 selepas kelahirannya pada 15 Sept 2015 bersamaan 1 Zulhijjah 1436 , hari ini 22nd September 2015 bersamaan 7 Zulhijjah 1436 , puteri sulung kami diberi nama ياخيرا ليان Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik2 buat kami semua.

A photo posted by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@iamlisasurihani) on