Hotel Transylvania 2 masuk panggung langkah kanan
Filem animasi Hotel Transylvania 2 mencatat rekod baru box office dengan kutipan AS$47.5 juta (RM209.76 juta), sekali gus memecahkan rekod tayangan pembukaan sepanjang zaman pada September.
Ia disifatkan pencapaian terbaik bagi pelakonnya Adam Sandler yang dianggap gagal dalam filem dibintanginya sebelum ini Blended , That's My Boy dan Jack and Jill .
Ia menjadi kejayaan terbesar Sony Pictures selepas 22 Jump Street yang mengaut AS$57 juta (RM251.71 juta) pada Jun 2014.
Ia juga melepasi kutipan tayangan perdana Hotel Transylvania tahun 2012 yang mengutip AS$42.5 juta (RM187.68 juta).
"Filem ini sedang menuju salah satu karya yang paling dicintai sepanjang masa," kata Rory Bruer, pegawai pengedaran Sony Pictures.
Sementara itu lima filem box office lain adalah Maze Runner: The Scorch Trials , Everest dan Black Mass yang masing-masing mengumpul pendapatan AS$14 juta, AS$3.1 juta dan AS$11.5 juta.

