Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
10 lagu cetus keriangan pendengar
Diterbitkan:  Sep 29, 2015 12:55 PM
Dikemaskini: 5:03 AM

Seorang profesor sains saraf di University of Groningen di Belanda menemui 'formula mutlak' bagi membolehkan seseorang pendengar muzik berasa riang.

Kata Jacob Jolij, dia menjalankan kajian berdasarkan permintaan jenama barangan elektronik British, Alba.

Melalui kajian itu, kata Jolij, dia mendapati ada beberapa faktor dalam sesebuah muzik boleh mempengaruhi mood seseorang.

"Lagu yang membuat seseorang berasa riang agak sukar untuk dijelaskan dan bergantung kepada individu terbabit," katanya.

Namun menurut Jolij, secara umum seseorang pendengar berasa seronok jika mendengar irama yang boleh dijelaskan dalam bentuk nombor.

"Misalnya, tempo purata lagu pop adalah 118 pukulan seminit, manakala lagu yang membawa keriangan adalah antara 140 hingga 150 pukulan seminit," katanya.

Faktor kedua, kata Jolij, ialah key sesebuah lagu.

"Lagu dengan major key lebih menyenangkan seseorang berbanding menggunakan minor key ," katanya.

Tidak ketinggalan adalah faktor lirik sesebuah lagu.

Penyelidikan Jolij mendapati lagu menceritakan suasana positif atau tidak masuk akal boleh membuatkan pendengar berasa riang.

Menggunakan dapatan itu Jolij menyediakan satu rumusan - jumlah elemen lirik positif digabungkan dengan jumlah pukulan purata 150 kali seminit serta penggunaan major key .

Dia kemudian menyenaraikan 10 lagi terbaik untuk membawa perasaan riang kepada pendengar, iaitu:

  1. Don't Stop Me Now - Queen
  2. Dancing Queen - Abba
  3. Good Vibrations - The Beach Boys
  4. Uptown Girl - Billy Joel
  5. Eye of the Tiger - Survivor
  6. I'm Believer - The Monkees
  7. Girls Just Wan To Have Fun - Cyndi Lauper
  8. Livin' on a Prayer - Bon Jovi
  9. I Will Survive - Gloria Gaynor
  10. Walking on Sunshine - Katrina & The Waves

Lihat Komen
ADS