Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Indonesia tak senang 'gamelan Malaysia'
Diterbitkan:  Sep 30, 2015 1:14 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Bagaikan tidak pernah jemu untuk berseteru, kini gamelan pula berpotensi untuk dijadikan punca perbalahan Malaysia - Indonesia.

Semuanya tercetus apabila akaun Twitter rasmi Persatuan Tenis Profesional (ATP) yang memuat naik gambar atlet Grigor Dimitrov dan David Ferrer bermain gamelan di Kuala Lumpur.

Keterangan mengiringi gambar itu menyatakan muzik berkenaan adalah seni Malaysia.

"Now playing: @grigordimitrov and David Ferrer try out a #Malaysian musical instrument in #kualalumpur," tulis pengendali akaun Instagram berkenaan.

Pengguna Internet Indonesia segera berang.

Sehingga tengah hari ini gambar itu digemari lebih 6,500 orang.

Ramai pengguna Instagram dari Indonesia kemudian menempelak kenyataan berkenaan. Antaranya:

@jimmy_gou: "Are you stupid????C'mon..use your brain a little pals, Gamelan its from INDONESIA NOT FROM MALAYSIA!!!

@gustafsyachputra: Gamelan is the original music of Indonesia instead of malaysia.

@viionda: "It belongs to indonesia bro".

Namun komen pada gambar itu tidak semuanya menyalahkan Malaysia. Sebahagian daripada mereka melihat isu itu dengan lebih wajar.

@armankay8: bagi je sume. Suh amik jerebu ni skali ha . Jerebu depa punye xnk claim plak . Tah pape. Pasal gamelan pun depa nk beramuk. Haha (Bagi saja semua. Suruh ambil jerebu ni sekali ha. Jerebu mereka punya tak mahu tuntut pulak. Entah apa-apa. Pasal gamelan pun nak beramuk).

@malkandari93: Ok its Indonesian, THEN WHAT, stupid baby ass childs.

@armankay8: sedih tul tgok sdare mare kt sini kan. Tah pape hahah (Sedih betul tengok saudara-mara di sini. Entah apa-apa)

@armankay8: Ya ampun, Malaysia Indonesia itu serumpun, justru gak perlu ribut kayak kecopetan maling. Gak heran kalo punya banyak persamaan. Mentelah lagi ATP tournya ada di Malaysia jadi gak ada salah kalo dibilang instrumennya dari Malaysia. Hal sepele dibikin ribut!

Gamelan bukanlah isu pertama mencetuskan rasa kurang senang rakyat Indonesia. Sebelum ini isu lagu Rasa Sayange (Rasa Sayang Eh), batik, iklan pembantu rumah, tarian barongan, masakan rendang, angklung dan keris.

Ferrer - pemain nombor lapan dunia - dan Dimitrov (pemain ke-11) kini berada di Kuala Lumpur kerana menyertai kejohanan tenis Terbuka Malaysia.

Now playing: @grigordimitrov and David Ferrer try out a musical instrument in #kualalumpur. 🎶 #ATP #tennis #Dimitrov #Ferrer Photo: Kamarul Akhir/#MalaysianOpen

A photo posted by atpworldtour (@atpworldtour) on


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS