alam satu kes saman fitnah yang jarang-jarang berlaku, seorang aktres China terpaksa menjalani pemeriksaan muka oleh pakar untuk membuktikan ia adalah asli dan bebas daripada pembedahan plastik.

Sebelum itu Angelababy - atau nama sebenarnya Yeung Wing - menyaman sebuah klinik pembedahan kosmetik di Ruili, Beijing.

Puncanya, lapor BBC, klinik berkenaan mendakwa kejelitaan Angelababy bukan sejati sebaliknya diperoleh melalui pembedahan plastik.

Ekoran dakwaan itu Angelababy menyaman klinik berkenaan dan menuntut pampasan 500,000 yuan (RM329,045) pada 2012.

Hakim kemudian mengarahkan wajah Angelababy diperiksa oleh doktor pakar pembedahan kosmetik.

Menurut Angelababy kejelitaan wajahnya datang daripada susur galur keturunannya yang mempunyai darah campuran Eropah.

Angelababy mendakwa datuknya adalah lelaki keturunan Jerman.

Sesekali hodoh juga

Nama Angelababy mula dikenali sebagai model dan pelakon di Hong Kong. Disebabkan wajahnya yang begitu menawan beberapa pihak mengesyaki dia memperolehinya melalui kaedah pembedahan kosmetik.

Bagi mendapatkan pengesahan doktor pakar sebuah hospital tempatan menjalankan ujian terhadap wajah Angelababy.

Antara prosedur yang dilakukan ialah ujian imbasan x-ray serta ujian pemeriksaan secara langsung.

Hasil pemeriksaan itu pakar di hospital berkenaan, Dr Qi Zuoliang mengesahkan Angelababy tidak menjalani sebarang pembedahan kosmetik.

"Seluruh struktur kepala dan tulang muka Baby (nama panggilan Angelababy) tidak mempunya kesan pisau pembedahan," katanya kepada media.

Angelababy, 26, bukan sembarangan artis.

A photo posted by @angelababyct on

Dia berkahwin dengan aktor China Huang Xiaoming baru-baru ini selepas menjalin hubungan cinta selama enam tahun.

Majlis perkahwinan itu dilaporkan menelan belanja 200 juta yuan (RM131.7 juta) dan digelar peminat di China sebagai perkahwinan terhebat abad ini.

Mengulas mengenai isterinya, Xiaoming menegaskan kejelitaan Angelababy memang asli.

"Saya bukan bodoh. Saya boleh mengesahkan Angelababy tidak menjalani pembedahan plastik.

"Sesekali apabila dia tidak bermekap, Angelababy memang kelihatan agak hodoh," katanya dalam nada bergurau.