'Penawar kalbu' Umie Aida
Ketika rutin hariannya terpaksa dilalui tanpa suami Datin Seri Umie Aida Rahmad mungkin ada 'penawar duka' yang dapat mengurangkan kesunyiannya - seorang bayi.
Sejak memuat naik gambar seorang bayi dalam akaun Instagram beliau malam tadi, Umie Aida menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya.
Kata-kata perangsang dan perkongsian kegembiraan itu mungkin menjadi 'pengubat' kepada pelakon filem Embun berkenaan ketika suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sedang berada dalam penjara.
Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu - bersama peguam Matthias Chang - kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, Malaysiakini menghubungi Umie Aida.
Kata Umie Aida, bayi berkenaan dirancang untuk dijadikan anak angkatnya namun ia belum benar-benar terjadi.
“Itu gambar anak buah saya. Saya masih cuba memujuk,” katanya dengan suara yang kedengaran serak kesan daripada demam.
Mengiringi gambar jarak dekat bayi berkenaan, Umie Aida menulis: "Alhamdulillah. Comelkan anak me (Umie)".
Umie Aida berkahwin dengan Khairuddin kira-kira lima tahun lalu.
Sebelum ini, menerusi media Umie Aida pernah menyatakan keinginan untuk "menimang cahaya mata" lagi.
Pelakon berusia 41 tahun itu pernah mengambil dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy yang kini masing-masing berusia 22 dan 21 tahun.
Alhamdulilah.. comelkan anak me đđ
A photo posted by Umie Aida (@umieaida818) on

